Nenek Derhaka Kena Jill

Written By Unknown on Thursday, January 31, 2013 | 10:54 PM



SHAH ALAM – Seorang nenek dihukum penjara 14 tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, setahun selepas dua kali dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan menjual tiga bayi empat tahun lalu.
Lim Kian Wan, 60, kelihatan muram sebaik Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman selepas berpuas hati dengan hujah kedua-dua belah pihak.
Kes tersebut dibicarakan semula secara penuh selepas mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kajang pada 13 April 2012.
Abdul Alim dalam penghakiman berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu dengan keterangan tertuduh hanya penafian semata-mata.
Beliau juga menyifatkan tindakan tertuduh dalam kes ini kerana mementingkan kemewahan tanpa memikirkan nasib bayi-bayi tersebut.
“Kamu juga mempunyai jaringan kerjasama yang sangat elok yang boleh menjadi penyebab kamu melakukan jenayah yang dibenci ini,” kata beliau.
Sehubungan itu, Abdul Alim memutuskan tertuduh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan RM10,000 untuk tiga pertuduhan.
Jika gagal membayar denda, wanita itu perlu menjalani hukuman penjara setahun lagi bagi setiap pertuduhan..
Aku pun tak faham..kenapa seorang nenek sanggup menjual cucu..nasib baik dulu tak jual anak...

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .