Home » » Padang Berhantu - Takutnya-Takutnya Kita

Padang Berhantu - Takutnya-Takutnya Kita

Written By Unknown on Sunday, January 6, 2013 | 12:43 AM

Cerita Panas,yang diceritakan oleh sarah,kat padang pun ada hantu,kalau nak main bola sepak macam mana agaknya,tiba-tiba datang kat belakang atau kat depan ke.atau pun  nampak hanya padang saja,tak jumpa jalan pulang,hati-hati yer dengan padang begini,cerita selanjutnya daripada Sarah..
Rumah lama Sarah dulu di Utara Malaysia ni.Tinggal dekat kampung yang rata-rata penduduknya nelayan.Kiranya rumah Sarah ni dekat la dengan sungai dan laut.

Rumah sarah,rumah kampung biasa.Bawah batu,atas kayu.Kiri kanan banyak pokok nipah.Yang tak bestnya,bila dah masuk maghrib,nyamuk punya la banyak.Hari-hari ayah Sarah pasang ubat nyamuk.Kami pun tidur dalam kelambu. :)

Di belakang rumah sarah ada padang.Belakang padang tu hutan tebal.Dekat padang tu la,Sarah dengan kawan-kawan main macam-macam.
Padang ni memang padang serbaguna,antaranya tempat main bola sepak,sepak takraw,main wau,tuju kasut,main getah dan macam-macam lagi lah.Main meriam buluh pun dekat situ.haha..

Belakang rumah Sarah ni banyak jugak hutan..Tapi tak la tebal sangat.Kalau nak buat shortcut ke kampung sebelah boleh lah ikut hutan nBanyak pokok yang besar-besar.Adik Sarah pernah kena sampuk.Masa tu dia demam.Tapi sibuk nak tengok Sarah dengan kawan-kawan main dekat padang.Dia duduk je sambil tengok kami main.lepastu dia asyik tengok pokok besar yang ada kat tepi tu.Balik je rumah asyik menangis cakap rumah kami ni tinggi.Dia takut nak jalan.Panggil sorang Ustaz tu,dia baca ape tah,dah ok dah.Lepas dah pulih,adik Sarah cerita,masa dekat padang dia nampak ada benda bergayut dekat pokok.Mata merah,badan besar.. padan muka!

Padang ni terbentuk dengan sendiri.Dikelilingi dengan pokok-pokok besar dan hutan.Rumput dekat padang ni cantik.Macam rumput karpet :) Sebab tu,kalau penat main,siap boleh guling-guling lagi kat atas rumput tu.

Masa malam,tak da yang berani pergi main dekat padang tu.Yela dah gelap sangat,nanti mula la cakap bentuk pokok pun dah macam bentuk makhluk lain ;P

Padang ni bukan la berhantu sebab ada hantu,tapi berhantu sebab budak-budak kampung memang suka main dekat situ.hahahhaaha...
Sekarang,sejak Sarah dah pindah,padang tu dah naik lalang.Tak da yang nak main dekat situ dah.Rumah lama Sarah pun dah roboh.i.Orang yang berani je bole lalu dekat hutan tu

 Ada kawan Sarah bagitahu,malam-malam dengar macam,budak-budak tengah main tuju kasut dekat situ.Dengar ketawa lah,dengar bunyi bola..eeeeeee....

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .