Home » » Pasangan Suami Isteri Bebas Dadah

Pasangan Suami Isteri Bebas Dadah

Written By Unknown on Wednesday, January 30, 2013 | 9:39 AM


JAKARTA - Pasangan suami isteri artis popular Indonesia Irwansyah dan Zaskia Sungkar pada Selasa dibebaskan daripada tahanan Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia setelah tidak ada bukti yang boleh mengaitkan mereka dengan kes penyalahgunaan dadah.

Lima suspek lain yang ditahan bersama mereka dalam serbuan oleh sepasukan anggota BNN dalam satu pesta dadah di kediaman rakan artis popular Indonesia Raffi Ahmad di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada hujung minggu lalu itu, turut dibebaskan hari ini.

"Ujian air kencing ke atas Irwansyah dan Zaskia didapati negatif. Siasatan dan saksi-saksi juga memberitahu mereka tidak terlibat atau ditemukan bukti untuk mendakwa mereka," kata Ketua Pegawai Perhubungan Awam BNN Sumirat Dwiyanto pada sidang akhbar di sini.

Zaskia berkata, beliau dan suaminya serta pembantunya pergi ke rumah Raffi pada malam itu hanya untuk menandatangani dokumen perniagaan. 

Sementara itu Irwansyah berkata sepanjang tiga hari dalam tahanan BNN, mereka dilayan dengan baik dan dijamu hidangan yang enak.

Pasangan suami isteri itu adalah antara 17 suspek yang ditahan dalam serbuan itu setelah orang ramai memberi maklumat tentang adanya pesta dadah di rumah Raffi.

Sehingga ini Raffi dan seorang lagi artis Indonesia Wanda Hamidah, yang turut ditahan dalam serbuan itu, masih menjalani siasatan oleh badan anti dadah Indonesia itu.

Lima daripada suspek itu didapati positif mengambil dadah manakala dua orang lagi disyaki mengambil dadah jenis baharu.- Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .