Home » » Seramai 506 Majikan di dakwa pada 2012 dengan pelbagai kesalahan

Seramai 506 Majikan di dakwa pada 2012 dengan pelbagai kesalahan

Written By Unknown on Thursday, January 3, 2013 | 11:39 PM


Disini dinklate ingin berkongsi sedikit isu tentang Majikan yang melakukan pelbagai kesalahan terhadap pekerja-kekerja mereka pada tahun 2012,mengapa perkara sebegini boleh terjadi,sedangkan majikan memerlukan pekerja untuk operasi kilang atau sebagainya.

Sesebuah perniagaan memerlukan seberapa pekerja mengikut kehendak operasi yang ingin dikerjakan,Jadi Majikan jangan pula kerjakan pekerja setelah kerja dikerjakan.Majikan haruslah sedar Mereka bergantung kepada pekerja.

Dalam petikan sebuah akhbar tempatan sebanyak 506 majikan didakwa kerana melakukan kesalahan dan didakwa pada tahun 2012 kata Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Mohd Jeffrey Joakim.katanya juga sebanyak  80 peratus majikan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 69 Akta Kerja 1955 berikutan kegagalan menjelaskan bayaran kepada pekerja.

Kenapa perkara sebegini boleh terjadi,80% tu banyak tuan.Ni yang kita hairan dimana KESEDARAN MAJIKAN.adakah mereka ini tidak malu dengan tindakan sedemikian..

Antara kesalahan berikut: Bayaran itu termasuk tunggakan gaji, gaji ganti, notis penamatan perkhidmatan, faedah penamatan kerja, bayaran baki cuti tahunan dan lain-lain bayaran yang diperintahkan melalui Mahkamah Buruh," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Oleh itu sebanyak 103 tindakan pendakwaan telah dikenakan mengikut Akta Pampasan Pekerja 1952 berikutan kegagalan majikan menginsuranskan pekerja asing yang digajikan dan gagal melaporkan kemalangan pekerja asing ke Pejabat Tenaga Kerja, katanya.

Beberapa kesalahan mengikut Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 turut direkodkan. 
Jeffrey berkata, sebanyak lima buah syarikat sudah didakwa mengikut Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 kerana beroperasi tanpa lesen.

Katanya, selain tindakan pendakwaan, sebanyak 461 kompaun dikeluarkan JTKSM kepada majikan yang didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Kerja 1955 sepanjang tahun lalu.
"Daripada 461 kompaun yang dikeluarkan itu, 67 peratus daripada majikan dikenakan kompaun kerana gagal melaporkan penggajian pekerja asing dalam tempoh 14 hari dari tarikh penggajian.

"Sebanyak sepuluh peratus majikan pula dikompaun kerana gagal membayar gaji dalam tempoh yang ditetapkan dan sembilan peratus lagi dikompaun kerana gagal memberikan terma dan syarat perkhidmatan kepada pekerja," katanya.

Selain itu, katanya mengikut statistik yang direkodkan sejak 2010 sehingga kini, sebanyak RM1.47 juta bayaran kompaun telah dijelaskan oleh majikan.

Jeffrey berkata, JTKSM menubuhkan satu pasukan penguat kuasa khas di setiap negeri bagi tujuan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang perburuhan dan membanteras pelanggaran undang-undang.

Dengan tindakan yang telah dikenakan kepada mereka yang bersalah,diharap Mereka menjaga pekerja dengan baik dan tidak mengambil kesempatan yang tidak baik kepada pekerja-pekerja sekalian..

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .