Home » , » Ambang 2013: Julia Perez pilih masjid

Ambang 2013: Julia Perez pilih masjid

Written By Unknown on Friday, February 15, 2013 | 12:12 AM

JAKARTA - Penyanyi dan pelakon, Julia Perez, yang menjadi bahan kontroversi baru-baru ini dengan mengatakan sinetron Indonesia jauh lebih baik daripada Malaysia, menyambut tahun baru 2013 dengan cara yang berbeza.
Julia memilih untuk menghabiskan malam 31 Disember di Masjid Sunda Kelapa di sini.
“Tahun baru memang agak berbeza. Biasanya saya pergi ‘clubbing', tetapi kali ini berbeza. Saya ingin mendekatkan diri dengan ALLAH. Jadi, malam ini saya mahu lebih banyak bersyukur kerana ALLAH banyak memberi nikmat,” katanya.
Bagi mewujudkan niatnya itu, Julia telah menolak beberapa tawaran persembahan yang menjanjikan bayaran lumayan.

Bukan maksudnya untuk menolak rezeki melainkan ingin bersyukur dan mendapatkan rasa yang berbeza dalam menghabiskan malam pergantian tahun itu.

“Saya yakin rezeki tak akan ke mana. Duit boleh dicari tetapi, tahun baru berbeza jika kita panjatkan doa untuk bersyukur kerana saya selalu terlupa apabila dapat duit lupa ucapkan terima kasih pada ALLAH,” katanya.

Dalam pada itu, berikutan kenyataan berani pelakon tersebut, berlaku ‘perang’ di Twitter antara pelakon itu dengan Presiden Seniman, Zed Zaidi.
Seniman juga telah mengambil tindakan dengan menyemak status kedatangan pelakon itu ke dalam industri seni tanah air.
Seniman mengesahkan kemasukan Julia ke negara ini untuk menjalani penggambaran, Sentuhan Malam Pertama adalah tanpa permit yang sah selepas merujuk kepada bahagian pelesenan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .