Home » , » Julia Perez bantu mangsa banjir

Julia Perez bantu mangsa banjir

Written By Unknown on Friday, February 15, 2013 | 12:07 AM

JAKARTA - Pelakon dan penyanyi  Julia Perez turun menemui mangsa banjir di kawasan Bukit Duri, Jakarta Selatan, semalam.

Julia menyampaikan bantuan berupa wang tunai, nasi bungkus, air minuman dan makanan lain malah turut turun ke kawasan air banjir.

“Kalau saya cakap berapa nilai bantuan saya beri, tak bagus. Yang saya berikan Insya-ALLAH mencukupi dan yang penting ikhlas... kalau bukan kita, siapa lagi,” katanya.
Penyanyi itu menemui mangsa banjir selepas melihat berita tentang bencana alam itu.

“Airnya sangat sejuk macam air batu,” katanya lagi.
Julia berharap dengan turun terus ke tempat kejadian, ia akan membuka mata masyarakat lain untuk turut sama-sama membantu.

“Ini sumbangan kecil tetapi mungkin bermanfaat kepada mereka (mangsa). Semoga warga Jakarta yang lain akan tergerak hati untuk membantu,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .