Home » , » Apple turun harga Macbook Pro 13 inci

Apple turun harga Macbook Pro 13 inci

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 11:20 PM

NEW YORK - Gergasi teknologi maklumat dan komunikasi, Apple semalam mengumunkan akan mengurangkan harga Macbook Pro 13 inci dengan Paparan Retina dan mengemas kini produk itu menggunakan pemprosesan terkini.

Model bagi 15 inci produk yang sama juga akan disertakan dengan ciri-ciri yang lebih baik tetapi harganya tetap sama.

Model Macbook Pro 13 inci kini bermula pada harga AS$1,499 (RM4,600) untuk 128GB manakala AS$1,699 (RM5,200) untuk 256GB.

Jika anda mahukan produk yang lebih baik, anda mempunyai pilihan lain iaitu Macbook Pro 15 inci dengan pemprosesan sebanyak 16GB dijual dengan harga AS$2,700 (RM8,300), kata laporan Mashable dipetik CNN.

Harga baru dan ciri-ciri yang lebih baik ini boleh didapati di semua rangkai kedai Apple atau boleh juga dibeli atas talian.

Penurunan harga ini dipercayai akan melibatkan seluruh dunia.

Laporan itu juga menimbulkan persoalan sama ada potongan harga ini membuatkan pembeli tertarik untuk memiliki Macbook dalam beberapa minggu akan datang.

Terpulang kepada pembeli untuk membuat pilihan, kata laporan itu.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .