Home » , » Tune Hotels buka cawangan di Phuket

Tune Hotels buka cawangan di Phuket

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 11:24 PM

PERMINTAAN tinggi daripada pelancong seluruh rantau ini mendorong rangkaian hotel bernilai antarabangsa, Tune Hotels meluaskan kehadirannya di destinasi pantai dan pulau peranginan di seluruh Asia Tenggara.

Tune Hotel Patong di Pulau Phuket Thailand adalah lokasi terkini dalam senarai destinasi sedia ada termasuk di Kuta dan Legian (Bali), Pattaya (Thailand) dan Cebu (Filipina).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester berkata, perkembangan positif dalam pelancongan merentasi sempadan serantau itu adalah disebabkan akses yang mudah dan bersesuaian melalui perjalanan udara di kepulauan dan tanah besar Asia Tenggara.

Sebelum ini, orang ramai hanya bermimpi untuk bercuti di Phuket atau Bali namun percambahan perkhidmatan penerbangan kos tambang rendah seperti AirAsia telah banyak mengubah situasi tersebut.

“Selain kemudahan pengangkutan, kami turut sediakan alternatif buat pelancong untuk mendapatkan tempat penginapan di laluan penerbangan kami melalui tawaran bilik berkualiti tinggi pada harga sangat berpatutan,” katanya.

Tune Hotel Patong memiliki 144 bilik dan mula dibuka kepada orang ramai pada 28 Disember tahun lalu bersempena Tahun Baru. Ia mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan melalui tempahan yang diterima.

Menariknya, hotel ini terletak berdekatan dengan Pantai Patong iaitu lokasi pantai popular di dunia. Selain itu, hotel ini turut mudah diakses dari beberapa pantai Phuket lain dan tarikan rekreasi seperti Taman Negara, air terjun, padang golf dan kemudahan sukan air.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .