Home » , » Bayar atau kereta dirosakkan

Bayar atau kereta dirosakkan

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 2:46 AM

RANTAU PANJANG – Setiap kali tibanya musim cuti perayaan, masalah tempat letak kenderaan menjadi serius sehingga menyebabkan pengunjung sukar membeli belah di pekan bebas cukai ini.

Cuti sebegini menyebabkan jumlah pengunjung bertambah lebih dua kali ganda seterusnya mengundang kesesakan di pekan bersempadan dengan negara jiran Thailand itu.

Peluang ini digunakan sepenuhnya pihak tidak bertanggungjawab mengutip duit parkir kerana sedar pengunjung akan tetap meletakkan kenderaan mereka di situ berikutan terdesak untuk membeli belah.


Kegiatan sukar dibendung

Sinar Harian difahamkan, kebanyakan mereka merupakan penagih dadah dan kegiatan ini dijalankan sejak tahun lalu dan sukar dibendung kerana mereka sentiasa mengawasi pergerakan pihak berkuasa tempatan.

Sebaik menyedari kehadiran pihak terbabit, mereka menghentikan kegiatan sementara waktu dan menyambungnya sebaik pihak berkenaan berlalu dari situ.

Sumber pihak berkuasa tempatan sebelum ini memaklumkan, mereka sedia maklum tentang kegiatan tersebut tetapi sukar membendungnya kerana golongan ini licik melaksanakan aktiviti tersebut.

Menurutnya, mereka tidak boleh berbuat demikian kerana itu bukan kawasan persendirian yang membolehkan mereka mengutip duit parkir.
Kanak-kanak terlibat
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, lebih tiga penjaga parkir di sekitar Pasar Besar Baru di sini, malah seorang daripadanya adalah kanak-kanak.
Sinar Harian sempat menemu bual kanak-kanak itu bagi mendapatkan maklumat kegiatan mereka.

“Caj sebuah kereta cuma RM2 tanpa mengira berapa lama letak kereta di sini,” katanya yang seterusnya berlalu dari situ sebaik menyedari wartawan Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat lanjut berhubung kegiatan mereka.       

Bayar sebab takut
Peniaga di sini memaklumkan, kenderaan pengunjung tidak selamat sekiranya mereka tidak membayar caj parkir dikenakan pengutip tidak bertauliah ini.

Sebahagian besar pengunjung membayarnya kerana bimbang kenderaan dirosakkan.
Bagi peniaga, perkara tersebut harus dibendung untuk mengelak imej buruk pekan tumpuan ramai ini.

Perlu tindakan segera

Pengunjung, Mohd Rosli Abdullah, 41, dari Gua Musang berkata, masalah ini perlu diatasi segera kerana bimbang menakutkan pengunjung pekan Rantau Panjang.

Menurutnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa tempatan telah ditugaskan mengutip parkir di sini.

“Saya cadangkan pihak berkenaan membuat pemantauan bagi mengelak kegiatan ini memberi kesan negatif kepada pengunjung terutama mereka yang tidak mahu membayar caj parkir dikenakan.

“Jumlah RM2 tidak mahal, tetapi apabila menyedari mereka pemungut parkir haram, pasti mereka tidak mahu membayarnya dan berdepan kemungkinan kenderaan dirosakkan,” katanya.

Sepanjang minggu ini, jumlah kenderaan meningkat mendadak sempena cuti perayaan.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .