Home » , » Pasangan kekasih tersungkur

Pasangan kekasih tersungkur

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 2:49 AM

KULIM - Sepasang kekasih cedera di tangan dan badan apabila motosikal ditunggang mereka terbabas ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Petaling, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu berlaku setelah Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Pemangku Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz menjalankan pemeriksaan rambang di sekitar kawasan taman perumahan elit.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kedua-dua suspek yang berusia 19 tahun itu tidak memakai topi keledar dan cuba berpatah balik apabila ada sekatan jalan raya.

Menurutnya, pasangan kekasih itu cuba menunggang melawan arus bagaimanapun, jalan sudah dikepung. Mereka terpaksa merempuh pemeriksaan polis dan keadaan itu menyebabkan suspek terbabas dan terseret beberapa meter.

"Kami memberikan bantuan kepada mereka yang tercedera dan daripada pemeriksaan yang dijalankan, mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu dan kedua-duanya tidak memakai topi keledar," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Ghuzlan, pihaknya mengenakan saman terhadap pasangan kekasih itu kerana cuba merempuh anggota polis sebelum mengarahkan mereka mendapat rawatan di klinik berhampiran.

Ghuzlan menasihatkan supaya semua penunggang motosikal supaya memakai topi keledar dan mendapatkan lesen memandu serta cukai jalan bagi memastikan diri mereka tidak berhadapan dengan sebarang masalah sekiranya ditahan polis.

"Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, pihak insurans turut akan membayar tuntutan ganti rugi dan memberi perlindungan sewajarnya. Selain itu, sekatan jalan raya dan pemeriksaan rambang akan diadakan setiap hari untuk memastikan undang-undang dipatuhi dan pengguna jalan, ” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .