Home » » Betul Ke Black Sudah Berpunya

Betul Ke Black Sudah Berpunya

Written By Unknown on Tuesday, February 5, 2013 | 9:48 PM


PENYANYI bersuara lantang, Black mengaku hatinya kini sudah berpunya dan tidak berniat untuk menyembunyikan kisah cintanya daripada peminat.

Pelantun lagu Teman Pengganti ini kelihatan begitu romantis di laman mikro Twitter ketika berinteraksi dengan seorang wanita dikenali sebagai ‘Cira Khairi’.

Meskipun agak malu-malu ketika ditanya tentang kisah cintanya, Black berkata, dirinya hanya seorang lelaki  yang memerlukan cinta.

“Romantik itu... sebab saya normal. Saya seorang lelaki, saya pun perlukan cinta. Jadi, saya rasa saya tak perlu sorok-sorok perkara itu. Ada masanya perkara itu ‘privacy’, ada masanya saya perlu  berkongsi bersama dengan peminat di mana saya mempunya kekasih hati.

“Saya tak nak sorok sangat benda ini. Cukup sekadar mereka tahu saya sudah mempunyai kekasih... yang selanjutnya insya-ALLAH  akan datang,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui hari ini.

Sebelum ini, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah pernah menjalin hubungan dengan seorang, namun kandas di tengah jalan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 26 tahun ini juga berharap hubungan itu sampai ke jinjang pelamin.

“Rancangan ke arah kebaikan itu semua orang ada. Saya pun memang nak hubungan ini boleh sampai ke jinjang pelamin.

“Saya ingin buat yang terbaik... sebagai seorang lelaki, saya harus bersabar dan saya berpegang pada kata-kata seorang kawan bila orang bersabar, dia akan dapat lebih. Jadi, saya rasa saya harus bersabarlah,” katanya yang sempat mendendangkan Teman Pengganti bersama RJ di Karnival Karangkraf.

Meskipun berpanas, peminat mereka tetap menunggu dan menyanyi bersama malah ramai juga yang mengambil kesempatan itu untuk merakam gambar dengan Black dan RJ.



Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .