Home » » Glamour Akan Kejar artis Jika Dah Top

Glamour Akan Kejar artis Jika Dah Top

Written By Zanuddin Yaacob on Tuesday, February 5, 2013 | 10:29 PM


Mula menceburi bidang lakonan sejak usia 13 tahun, perjalanan seni pelakon berbakat besar, Nelydia Senrose, 19, tidak semudah disangka.

Pernah membintangi drama popular termasuk Spa Q, Datin Wannabe dan Ahmad Durrah, namun ketika itu bakatnya kurang mendapat perhatian pihak produksi.

Sehinggalah percaturan, Suhan Movies & Trading, memberi peluang gadis kelahiran Che Siti Wan Kembang, ini menerusi drama bersiri slot Akasia, Setia Hujung Nyawa.

Walaupun drama ini bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi, namun konflik rumah tangga Ersalina dan Zain Hakimi, nyata memberi impak kepada penonton setianya.

Menjadi pilihan lebih empat juta penonton, ia sekali gus membuka ruang Nelydia atau lebih mesra disapa Nelly untuk membuktikan kebolehannya menggalas watak utama.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan perkembangan dan penerimaan itu. Pengarah dan barisan pelakon juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menghayati watak.

"Namun, bukan bermakna saya berpuas hati dan berasa selesa dengan situasi ini. Masih banyak lagi yang harus diberi perhatian dan diperbaiki.

"Saya perlu belajar lebih banyak tentang gerak tubuh, lontaran dialog dan penghayatan," kata adik kepada pelakon, Nik Zaris Uqasha Senrose ini.

Bukan lakonan semata-mata

Walaupun umurnya masih 'hijau', namun Nelly lebih matang dan bijak berbicara.

Enggan dikenali sebagai anak seni yang 'kosong', Nelly tidak bergantung harap di dalam industri semata-mata.

Malah, memilih bidang psikologi dalam melanjutkan pelajaran, Nelly sentiasa optimis dan berfikiran jauh ke hadapan.

"Saya belajar untuk jaminan masa depan. Saya tidak mahu meletakkan diri saya dalam industri semata-mata kerana saya faham kerjaya sebagai anak seni.

"Penerimaan hari ini tidak menjanjikan untuk hari esok. Sekiranya saya tidak lagi menjadi pilihan, sekurang-kurangnya saya mampu menceburi bidang lain yang saya minati.

"Lagipun, saya memang suka bidang ini sejak dulu lagi dan bidang kerja juga lebih meluas," katanya yang baru sahaja selesai penggambaran drama arahan, Ami Sufian itu, akui Nelly, dia turut menerima beberapa tawaran lakonan.

Namun, menurut penuntut Kolej Segi ini, dia belum buat keputusan kerana terikat dengan jadual kelasnya.

"Saya perlu dahulukan komitmen pada pelajaran. Jika tawaran itu mengganggu jadual pelajaran, saya harus tolak.

"Mungkin saya akan terima tawaran yang lebih fleksibel dan tidak mengganggu jadual yang ada. Sebagai pelajar, saya harus menyusun jadual dengan seimbang.

"Saya tidak mahu ia berciciran dan memusnahkan impian saya untuk memiliki segulung ijazah," katanya yang belum bersedia untuk berlakon filem.

Pilih lelaki berusia

Bercerita mengenai kehidupan peribadi pula, Nelly mengakui dia lebih menyukai lelaki berusia.

Namun, memandangkan umurnya masih muda, cinta Nelly sering kecundang di tengah jalan apabila hubungan yang ingin dipupuk itu tidak tercapai.

"Cinta tidak pernah berlaku dalam hidup saya. Saya pernah berkawan dengan beberapa lelaki, namun hubungan itu bertukar jadi 'adik dan abang' sahaja.

"Mungkin kerana jarak usia kami dan dia tidak rasakan saya serius dalam hubungan. Namun, saya bukanlah terdesak untuk memiliki teman hidup.

"Jadi, masa yang ada harus diberi tumpuan pada kerjaya dan pelajaran terlebih dahulu," katanya yang juga sepupu kepada pelakon, Emma Maembong.











Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .