Home » , » Black akhiri zaman bujang hujung tahun ini

Black akhiri zaman bujang hujung tahun ini

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 12:19 PM

UMUM sudah mengetahui mengenai majlis pertunangan penyanyi Black yang telah berlangsung pada 26 Januari lalu.
 
Biarpun mahu merahsiakan pertunangan tersebut pada mulanya, namun Black akur, status sebagai selebriti membuatkan dia sentiasa menjadi perhatian masyarakat.
 
Mengakui tunangannya yang dikenali sebagai Cira Khairi memenuhi kriteria yang diidamkannya selama ini, Black menyifatkan Cira seorang yang sporting dan sangat memahami.

Menurut Black, paling penting, tunangnya itu seorang gadis yang berpelajaran dan mempunyai lulusan luar negara.
 
“Setiap lelaki pasti mahukan wanita yang berpelajaran dan bijak. Dari segi itu, saya bertuah kerana memilikinya.
 
“Selain itu, dia sangat memahami kerja seni saya dan sentiasa menyokong dari belakang. Dia bukan sahaja tunang, kekasih dan bakal isteri saya, malah dia adalah kawan paling rapat saya. Apa jua perkara, kami kongsikan bersama.
 
“Pendedahan pertunangan saya ini diharapkan boleh membuang segala tohmahan dan cerita yang pernah timbul sebelum ini. Saya tidak mahu lagi perkara negatif dipersoalkan dan pertunangan ini dapat menutup mulut pihak yang tidak berpuas hati,” ujarnya kepada Zass.

Menyentuh mengenai tempoh bertunang, Black berkata, dia ingin segera berkahwin dan kemungkinan akan berlangsung hujung tahun ini.

“Insya-ALLAH, jika tiada aral melintang, kami akan disatukan pada tahun ini mengikut perancangan. Kalau boleh, saya tidak mahu tunggu lama-lama.

“Lagipun, perkara yang elok perlu dipercepatkan. Walaupun hanya mengenali dalam masa yang begitu singkat, namun saya yakin dia (tunang) adalah pilihan tepat saya.

“Walaupun kami baru kenal, namun hubungan ini seperti sudah lama dan kami banyak berkongsi persamaan. Dari segi perangai, dia pun kelakar dan ‘gila-gila’ macam saya,” kata pelantun lagu, Teman Pengganti, ini.

Hadkan cerita

Black berkata, walaupun berita mengenai pertunangan sudah diketahui umum, namun dia masih belum bersedia untuk memperkenalkan identiti tunangnya.
 
"Saya enggan mendedahkan identiti tunang saya kerana bimbang kemungkinan lain yang akan berlaku.
 
"Maklum sahajalah, ramai yang busuk hati dan cuba memisahkan kami nanti,” katanya yang hanya mendedahkan tunangnya sebagai ‘Cira Khairi’ sahaja seperti di laman sosial Instagram.
 
Bagaimanapun, Black tidak keberatan untuk berkongsi mengenai perkenalan dengan tunangnya itu.
 
"Kami berkenalan menerusi teman rapat, November tahun lalu. Kemudian perasaan kami mula terbit secara berperingkat dan dalam tempoh dua bulan sudah cukup meyakinkan saya untuk menyuntingnya," katanya.

Black mohon maaf

Dalam pada itu, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 26, memohon maaf kerana merahsiakan pertunangannya pada mula.

Menurut Black, sebelum ini, dia memang berkeras untuk menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum demi memenuhi permintaan pihak keluarga tunangnya.
 
“Saya minta maaf kerana mengadakan pertunangan tanpa pengetahuan media dan peminat. Ia hanyalah memenuhi permintaan ahli keluarga. Namun, sebagai artis, saya harus bersedia menghadapi segala kemungkinan.
 
“Tidak sampai sebulan, perkara ini tersebar dan saya mengakui perkara itu. Saya juga tidak menyalahkan orang lain serta peminat kerana mereka pasti ingin mengetahuinya," jelasnya.
 
Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan seninya, Black berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Longkai, terbitan Metrowealth International Group (MIG).
 
Menerusi filem pertamanya itu, Black menggalas watak sebagai Ketum. Selain Black, barisan pelakon lain termasuk Erra Fazira dan Wawa Zainal.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .