Home » , » Sharnaaz: 'Henti mereka cerita hidup saya'

Sharnaaz: 'Henti mereka cerita hidup saya'

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 10:43 PM

PELAKON, Sharnaaz Ahmad mendakwa kenyataan yang keluar di akhbar berhubung konflik cintanya dengan penyanyi popular, Shila Amzah telah diubah dan diputar belit.

Ekoran kenyataan demi kenyataan keluar di akhbar yang turut mengaitkan bapa Shila, ND Lala, hubungan pasangan kekasih ini dikatakan semakin panas.

Melalui laman mikro Twitternya, Sharnaaz menulis, “salam, ini saya Sharnaaz Ahmad. Saya ingin memaklumkan bahawa kenyataan dalam akhbar telah diubah dan diputar bukan atas ayat saya sendiri.”

Setelah pelbagai tohmahan diterima apabila konflik cintanya menjadi semakin rumit, Twitter milik Sharnaaz itu dipercayai tidak dikendalikan pelakon Juvana itu sendiri.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika perkara itu berterusan.

“Berhenti mereka cerita hidup saya sebelum saya mengambil tindakan undang-undang.

“Kenyataan yang bukan dari saya jangan pandai-pandai siarkan. Jangan sesuka hati nak jual cerita hidup manusia untuk kepentingan jualan,” tulisnya.

Sebelum ini, Sharnaaz juga dikatakan sudah berundur daripada perhubungan itu kerana hilangnya rasa hormat kepada ND Lala.

Sharnaaz enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda ekoran kenyataannya sering disalah tafsir.

Namun, Sharnaaz bertegas tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan hubungannya dengan Shila sudah berakhir.

Tweet terakhir pelakon itu meminta agar pihak yang terbabit bertimbang rasa terhadap dirinya.

“Aku diam bukan bermaksud aku mudah dipijak dan dikawal selia oleh pihak yang mengaut keuntungan. Timbang rasalah sikit. Aku ini manusia juga!” tulisnya.

Kisah cinta dua sejoli ini seakan mendapat tentangan apabila ND Lala mula tampil memberi kenyataan media yang seolah-olah kurang bersetuju dengan tindakan Sharnaaz.

Semuanya berkaitan dengan perancangan pelakon itu yang bertegas mahu meneruskan perancangannya untuk merisik Shila, bulan depan.

ND Lala juga memberitahu bahawa tiada perbincangan yang berlaku berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Sharnaaz juga berkata akan membatalkan hasrat untuk merisik kekasihnya itu.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .