Home » , » Celcom tawar telefon pintar harga patut

Celcom tawar telefon pintar harga patut

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 11:11 PM

Celcom Axiata Bhd (Celcom) menawarkan telefon pintar serendah RM8 untuk rebat Kempen Komunikasi Belia sempena rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, di Taman Puchong Utama, hari ini.

Pelanggan di bawah skim itu yang memilih untuk pakej pasca bayar Celcom boleh menikmati rebat RM200 untuk telefon pintar 3G terpilih bersama pakej pelan suara dan data Celcom Pertama.

Manakala, pelanggan pakej pra bayar dengan rebat akan menerima tambahan 100 SMS dan data sehingga 300MB apabila tambah nilai RM30.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pihaknya berbangga dapat menyokong inisiatif kerajaan untuk mempromosikan penggunaan telefon pintar sebagai batu loncatan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.

“Celcom komited dalam menawarkan telefon pintar yang berpatutan kepada generasi muda melalui tawaran hebat dan rebat, dan peranti pada harga RM8 adalah tawaran terendah kami kepada belia.

“Kini pelanggan Celcom mampu menikmati rangkaian terluas dan paling pantas di seluruh negara yang juga kini dikuasakan dengan 4G LTE, sekali gus beri pengalaman terbaik untuk suara, video, muzik emel di wilayah Celcom,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .