Home » , » TNB sedia capai untung bersih teras RM1.4 billion

TNB sedia capai untung bersih teras RM1.4 billion

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 11:07 PM

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka merekodkan keuntungan bersih teras sebanyak RM1.4 bilion bagi suku keempat berakhir 31 Ogos 2012.
   
AmResearch berkata keuntungan bersih itu dijangka berkembang 20 peratus, berbanding bulan ke bulan, terutamanya berikutan anggaran 13 peratus kemerosotan pada kos arang batu kepada kira-kira US$90/tan metrik, dan empat peratus peningkatan pada bekalan gas asli kepada 1,000 juta kaki padu standard gas sehari (mmscfd) daripada 960 mmscfd pada suku ketiga pada tahun kewangan 2012.
   
"Kami tidak memasukkan apa-apa peruntukan sekali daripada RM113 juta tuntutan undang-undang bagi kerugian gudang oleh Irham Niaga dalam unjuran kami.
   
"Kami terus menyukai Tenaga kerana kapasiti stesen jana kuasa yang baharu akan menyokong pusingan penarafan semula saham itu," kata firma itu dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

"Jika harga gas asli kekal pada RM13.70/mmbtu, kami menganggarkan bahawa tarif elektrik Prai mungkin sekitar 16 sen/KWh, iaitu 43 peratus lebih rendah daripada kadar semasa Genting Sanyen pada 28 sen/KWh," kata syarikat penyelidikan itu.
   
TNB memenangi tender untuk membina dan memiliki Turbin Gas Kitaran Gabungan(CCGT) minggu lepas.
   
Sementara itu, AmResearch juga menegaskan saranan "beli" pada TNB, nilai adil tidak berubah RM8.15 sesaham. - Bernama


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .