Home » , » Colgate tambah rangkaian Colgate Total

Colgate tambah rangkaian Colgate Total

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 11:29 PM

Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd memperkenalkan Colgate Total Pro-Gum Health terbaru dalam rangkaian ubat gigi Total yang dirumus khas untuk masalah gusi.

Ia terbukti secara klinikal dalam mengurangkan masalah gusi sehingga 88 peratus dan dapat membantu meningkatkan kesihatan gusi dalam tempoh dua minggu selain membantu melegakan sakit gusi serta mencegah keradangan.

Pengarah Urusannya, John Hazlin berkata, dengan misi mempromosikan mulut sihat untuk kehidupan yang lebih baik di kalangan rakyat Malaysia, definisi mulut sihat itu sendiri bermaksud penjagaan yang baik bukan sahaja pada gigi tetapi juga gusi.

“Dengan Colgate Total Pro-Gum Health, pengguna kini boleh menggunakan ubat gigi yang lebih efektif setiap hari yang dapat membantu merawat dan mengelakkan sakit gusi di samping memberi perlindungan daripada bakteria selama 12 jam,” katanya.

Ia kini boleh didapati di pasaran pada harga RM5.40 untuk 65 gram dan RM9.45 untuk 110 gram.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .