Home » , » Curi tong gas, dijel 2 tahun

Curi tong gas, dijel 2 tahun

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 9:54 AM

KOTA BHARU- Gara-gara mencuri satu tong gas, seorang pekerja kontrak terpaksa meringkuk di dalam penjara dua tahun selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazli menetapkan hukuman tersebut terhadap Mohd Fadzlin Mohamad Zin, 41, selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada Ahad lalu.

Hukuman berkuat kuasa bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 10 Febuari lalu.

Mengikut pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah, pada 10 Februari Mohd Fadzlin  didapati mencuri sebuah tong gas Shell berwarna kuning yang bernilai RM70 ringgit milik Masjid Al-Mubin Kampung Telok, Panji.

Berdasarkan fakta kes, kira-kira jam 12.45 tengah hari semasa pengadu membaiki rumah  di kampung tersebut dia ternampak seorang lelaki memasuki kawasan masjid itu dengan menunggang motosikal.

10 minit kemudian pengadu melihat lelaki itu keluar dari kawasan masjid dengan membawa sebiji tong gas lalu mengejarnya. Dengan bantuan orang kampung pengadu  berjaya menangkapnya dan serah kepada polis.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Ketika prosiding berlangsung tertuduh meminta mahkamah mengenakan hukuman paling ringan terhadapnya dengan alasan perlu menyara ibu bapanya dan isteri.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad meminta hukuman mengenakan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran dengan mengambil kira masjid sebagai tempat beribadat.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .