Home » , » Dato' Siti Memberi Nasihat Kepada Shila

Dato' Siti Memberi Nasihat Kepada Shila

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 3:18 PM


Selain mendapat sokongan moral daripada ramai rakan artis yang simpati dengan nasib yang menimpanya, kisah percintaan Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad juga turut mendapat perhatian daripada penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza. 
Menerusi kenyataan yang dipetik daripada Astro Awani, Siti telah memberi nasihat agar Shila bertindak secara rasional dan seterusnya tidak mengikut perasaan. 
 
"Memang Siti memahami situasi Shila dan ND Lala. Shila memerlukan suara dan haknya jugak. Sebenarnya tidak salah tetapi pada masa yang kita juga tidak boleh melupakan ibu bapa. Sebab Siti dulu pun melalui keadaan yang sukar. Macam Siti dulu, selagi ibu bapa tak restu, memang Siti takkan mendahulukan mereka. Kalau ada jodoh itu, buat macam mana pun, kalau Allah dah tulis dalam Luh Mahfuz, itulah jodoh kita." ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Siti bakal tampil dalam majlis ‘Memori Indah Bersama Dato’ Siti Nurhaliza’ sempena minggu setiausaha. Majlis tersebut akan diadakan pada 11 April ini di Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur. Tiket-tiket akan dijual dengan harga serendah RM350 hingga RM5500.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

1 ulasan:

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .