Home » , » Penulis Lakon Layar Argo Pertahan Plot

Penulis Lakon Layar Argo Pertahan Plot

Written By Unknown on Saturday, February 23, 2013 | 12:17 AM

DI sebalik kontroversi yang melanda filem Argo di mana ia didakwa telah diolah secara berlebih-lebihan, penulis lakon layarnya menegaskan, plot penceritaan filem adalah berdasarkan cerita sebenar.
Chris Terrio membertiahu Sky News, filem itu berdasarkan cerita sebenar walaupun sebahagian daripada babak dramatik tidak pernah berlaku.
Argo menceritakan bagaimana enam warga Amerika telah diselamatkan dari Tehran pada tahun 1979 itu telah tercalon untuk tujuh kategori dalam anugerah Oscar, Ahad ini.
Malah beberapa babak kehidupan sebenar yang diilhamkan dari revolusi Iran dalam operasi itu dikatakan sangat berbeza bagi versi filem.

Mark dan Cora Lijek sedang menyesuaikan diri dengan penempatan pertama mereka apabila kedutaan Amerika di Tehran diserang.
Mereka dan empat yang lain berjaya melarikan diri tetapi terpaksa bersembunyi berbulan-bulan di kediaman kedutaan sebelum diselamatkan.

Kini, tinggal di Seattle, mereka bertemu pengarah, Ben Affleck dan pelakon lain ketika produksi filem tersebut dijalankan.

Lijek memberitahu Sky News, “banyak perkara yang mungkin berlaku merupakan kebimbangan dan ketakutan dalaman yang mungkin sukar digambarkan dalam sebuah filem."

“Memandangkan mereka tidak boleh berbuat begitu, mereka mencipta saat-saat menarik daripada apa yang berlaku sebenarnya. Saya rasa ia menyeronokkan,” katanya.

Menurut Lijek lagi, keadaan tegang semakin memuncak apabila babak kejar-mengejar dalam filem itu merupakan rekaan.

Ketibaan mereka sebenarnya lebih tenang dan lebih kepada seperti bercuti.

Lijek yang menulis buku tentang pelarian mereka itu selepas kembali ke Amerika pada 1980 berkata, merasa lega apabila filem itu dihasilkan.
“Ia bagus melihat kembali sejarah terutama sekali pada masa ini, hubungan kita dengan Iran sangat penting
“Meskipun filem ini tidak 100 peratus seperti apa yang berlaku sebenar, saya berharap masyarakat akan berfikir sedikit,” katanya.

Terrio pula berkata, kebanyakan penceritaan itu adalah benar dan ada sebahagian yang telah ditekankan supaya menjadi babak yang mendebarkan.

“Sebagai contoh, apabila presiden menghantar telegram yang bersetuju terhadap operasi itu tetapi dalam kehidupan sebenar ia berlaku 48 jam awal. Ia tidak berlaku pada  saat-saat genting.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .