Home » , » Dipenjara gara-gara jual TV milik ibu angkat

Dipenjara gara-gara jual TV milik ibu angkat

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 10:03 AM

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda tergamak menjual televisyen milik ibu angkatnya kepada rakannya dengan alasan kononnya mangsa hendak jual televisyen itu untuk membeli televisyen baru.

Bagaimanapun, dia yang tidak sempat menikmati RM150 hasil jualan televisyen itu. Dia ditangkap dan semalam dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Mohammad Azarin Arman Abdullah, 19, penganggur dari Taman Sri Manir, Jalan Jeram, Manir, mengaku bersalah mencuri sebuah televisyen milik ibu angkatnya, Arizam Said, 50.

Dia mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri pada 8 Disember lalu jam lebih kurang 5 petang sehingga 13 Disember lalu jam lebih kurang jam 3.30 petang, iaitu semasa ibu angkatnya berada di Dungun.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala Mohammad Azarin tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada 8 Disember lalu, mangsa telah meninggalkan rumahnya di Taman Sri Manir, Jalan Jeram, Manir, di sini, lebih kurang jam 5 petang untuk ke Dungun.

Sebelum meninggalkan rumah, Arizam memastikan kesemua pintu dan tingkap ditutup dan menyerahkan kunci pendua kepada Mohammad Azarin Arman dengan harapan dia tolong meninjau keselamatan rumah sepanjang ketiadaannya.

Bagaimanapun, pada 13 Disember lalu lebih kurang jam 4.30 petang, Arizam pulang ke rumah dan mendapati televisyen yang diletakkan di ruang tamu telah hilang.
Mangsa menelefon Mohammad Azarin Arman untuk bertanyakan perkara itu namun talian tidak dapat dihubungi.

Mangsa mensyaki Mohammad Azarin Arman mencuri televisyen yang bernilai RM400 itu kerana sebelum ini dia pernah mencuri wang yang berjumlah ribuan ringgit, namun tidak dilaporkan kepada polis.

Mohammad Azarin Arman ditangkap polis pada 12 Januari lalu lebih kurang jam 1 tengah hari di tepi jalan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Kesom, Manir, di sini, dan televisyen yang telah dijualkan kepada rakannya itu berjaya diperoleh semula
pada keesokan harinya di kediaman rakannya itu di Kampung Kebur Besar, Manir, di sini.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .