Home » , » Didenda RM1,000 curi limau RM30

Didenda RM1,000 curi limau RM30

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 10:00 AM


KUANTAN – Mahkamah Majistret di sini semalam mengarahkan  seorang buruh membayar denda sebanyak RM1,000 selepas didapati bersalah mencuri 10 kilogram limau nipis milik seorang lelaki berusia 36 tahun, 3 Februari lalu.
Mohd Khairul Musa, 33 mengaku mencuri limau yang bernilai RM30 itu di KS 100, Kampung Permatang Peria, Jalan Sungai Soi bersama seorang lagi yang masih bebas kira-kira jam 1 tengah hari.
Lelaki itu juga bakal berdepan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali

Dalam mahkamah sama, seorang remaja 21 tahun diarahkan membayar ikat jamin sebanyak RM2,600 selepas mengaku tidak bersalah mencuri komputer riba.
Mohd Sahidan Abu Suffian dituduh melakukan kesalahan itu pada 9 Februari kira-kira jam 1 petang dan menyimpan komputer itu di sebuah rumah di Taman Balok Sejahtera, dekat sini.
Dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga sepuluh tahun dan denda, dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian boleh dihukum penjara dan denda atau sebatan.
Pendakwaan dilakukan Ain Fadilla Md Ali di hadapan Majistret, Rini Triany Muhammad Ali.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .