Home » , » Ditikam saudara sendiri

Ditikam saudara sendiri

Written By Unknown on Friday, February 15, 2013 | 11:34 PM


SHAH ALAM – Seorang pekerja premis alat ganti maut selepas ditikam saudara lelakinya dalam pergaduhan di Batu 4, Kampung Jawa di sini, Isnin lalu.
Mangsa, warga Vietnam, berumur 40-an, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kira-kira jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pergaduhan itu berlaku kira-kira jam 10 malam, sehari sebelum mangsa maut.

Beliau berkata, seorang lelaki yang terlihat dalam kejadian itu menghubungi polis bagi meminta bantuan.

“Setibanya di lokasi, mangsa sudah dihantar ke HTAR dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

“Bagaimanapun, lelaki itu disahkan maut akibat tikaman yang mengenai saluran darah utama di punggung,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, polis tidak menemui sebarang senjata pembunuhan di lokasi kejadian.

Zahedi berkata, polis masih memburu saudara mangsa dan menyiasat punca kejadian tersebut.
Dalam perkembangan lain, seorang lelaki ditemui mati terbaring di sebuah rumah kosong di Taman Alam Impian, Seksyen 35 di sini, pada 28 Januari lalu.
Menurut Zahedi, mangsa, P Mahendran, 21, ditemui dengan kesan kecederaan di mata, dahi, leher dan telinga, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan seorang lelaki warga India, berumur 30 tahun, bagi membantu siasatan.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi IPD Shah Alam di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .