Home » , » Iran naik taraf pengayaan uranium

Iran naik taraf pengayaan uranium

Written By Unknown on Friday, February 15, 2013 | 11:42 PM

TEHERAN - Iran, kelmarin mengumumkan bahawa mereka telah menaik taraf mesin pengayaan uranium bertujuan untuk meningkatkan lagi keupayaan program nuklear yang didakwa sedang dibangunkan oleh negara itu.

Ketua Organisasi Tenaga Atom, Fereydoon Abbasi Davani berkata, centrifuge dengan sistem kecekapan lebih tinggi (alat berfungsi untuk meningkatkan keupayaan pengayaan uranium) tersebut telah dipasang di loji nuklear Natanz.

"Pemasangan centrifuge baru ini dilakukan kira-kira sebulan lalu dan prosesnya masih terus berjalan," katanya.

Tetapi, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai jumlah sebenar centrifuge yang telah dipasang setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Iran turut memaklumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan beberapa perkara yang dirundingkan bersama pakar  Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Sementara itu,  ketua pemeriksa IAEA, Herman Nackaerts  pula mendakwa rundingan bersama Teheran itu gagal  mencapai kata sepakat selepas cadangan untuk meningkatkan pemeriksaan ke atas projek pembangunan nuklear di negara tersebut ditolak bulat-bulat oleh Wakil Iran ke IAEA, Ali Asghar Soltanieh. - AFP

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .