Home » » Hanis telefon ayah untuk jiwai babak sedih

Hanis telefon ayah untuk jiwai babak sedih

Written By Unknown on Tuesday, February 12, 2013 | 9:15 PM


PELAKON utama filem Gangster Celop, Hanis Zalikha akui sukar bagi melakonkan babak serius atau sedih.

Dalam filem pertamanya itu, pelakon berusia 23 tahun ini perlu bermain dengan emosi dalam beberapa babak sehingga dia terpaksa menghubungi ayahnya sendiri bagi menjiwai babak tersebut.


“Babak menangis itu sangat sukar. Saya kena berlatih seorang diri, jadi ‘I have my moment’.  Misalnya, untuk babak yang watak ayah saya, Yus Jambu ditembak, saya telefon ayah saya.


“Saya berbual dengan ayah untuk dapatkan ‘feel’. Lepas letak telefon saja, terus babak saya. Ayah membantu saya ambil ‘mood’ dan dia pun tak tahu kenapa saya buat panggilan sebenarnya,” katanya berkongsi rahsia kepada Sinar Harian Online.

Pelakon ini juga akui babak memanjat lori paling susah untuk dilakukannya.

“Babak panjat lori paling susah. Saya panjat sendiri. Saya tak guna ‘stuntman’. Saya salah seorang pelakon yang tak guna ‘stuntman’ kerana pelakon lain ada juga yang guna ‘stuntman’.

Nasib baik kaki panjang.  Saya kena ulang beberapa kali untuk babak itu,” katanya.


Dalam pada itu, Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid mengakui aksinya sedikit tenggelam apabila berdampingan dengan pelakon berpengalaman seperti Syamsul Yusof dan Kamal Adli.

“Mula-mula saya rasa sangat takut. Saya rasa macam satu cabaran yang besar tetapi saya perlu ambil. Alhamdulillah, mereka buat saya rasa selesa dan mereka bimbing saya,” katanya.

Pada masa yang sama, pelakon ini juga memberitahu watak serius dalam filem tersebut agak berat untuknya.

“Saya memang kena perbaiki apabila saya perlu serius. Sebab saya jenis... dalam Mad Market, itulah saya. Jadi, apabila saya perlu bawa watak serius, ia memang berat sebab saya bukan macam itu.

“Dalam Gangster Celop, babak menangis dan serius itu semua pertama kali saya buat sebab dalam Memberku Hawa ataupun Mariam Kampung Putat, saya gila-gila, tak ada yang serius macam dalam Gangster Celop,” katanya.

Meskipun pertama kali memegang watak seirus, pelakon ini tidak menjadikannya sebagai alasan untuk tidak melakukannya dengan sebaik mungkin.

“Alhamdulillah saya buat ini serius dan telefilem saya akan datang juga serius, jadi, saya seronok apabila mendapat watak-watak serius kerana saya dapat ‘explore’ perkara-perkara yang saya tak biasa buat,” katanya.

Akur dengan dirinya yang masih baru dan perlu banyak belajar, anis mengambil kesempatan untuk belajar daripada pelakon-pelakon senior seperti Eja dan Zila Bakarin.

“Saya paling suka bersembang dengan pelakon senior. Macam dalam cerita terbaru saya, Aku Benci Mama, saya berbual dengan Kak Eja dan Kak Zila. Apabila saya lihat mereka duduk sorang-sorang, saya akan datang.

“Saya akan tanya bagaimana nak menjiwai watak dan bagaimana mereka boleh menangis. Jadi, banyak yang saya terima daripada mereka,” katanya.

Bercakap soal kemungkinan reaksi negatif yang diterimanya pada masa akan datang, Hanis menerimanya sebagai kritikan membina.

“Reaksi negatif itu saya terima sebagai kritikan yang membina sebab saya juga memerlukan reaksi itu untuk saya tahu di mana saya nak perbaiki diri. Saya tak akan ambil hati dan bersikap terbuka.

“Saya rasa setiap manusia yang bekerja akan didatangi perkara seperti itu, cuma, apabila saya berada dalam bidang ini, skalanya lebih besar. Jadi, dari situ saya rasa memang saya kena siapkan diri,” katanya.

Dalam pada itu, Hanis berharap filem pertamanya itu disambut dengan baik oleh penonton.

“Saya harap mereka sambut dengan baik dan saya juga berharap mereka sentiasa ingat yang saya ini baru sangat-sangat. Tetapi apa pun saya harap yang terbaiklah sebab ini pun filem pertama saya,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .