Home » » Hard Rock Cafe Kini Di Melaka

Hard Rock Cafe Kini Di Melaka

Written By Unknown on Monday, February 11, 2013 | 1:17 AM



KUALA LUMPUR - Hard Rock International telah membuka Hard Rock Cafe ketiganya di Malaysia, di Melaka, selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Cafe baharu ini terletak di jalan masuk Jonker Walk dan di dalam Tapak Warisan Dunia Unesco.

Kafe seluas 1,372 meter persegi itu termasuk tempat duduk untuk 200 pengunjung, ruang makan di luar yang luas, ruang persembahan langsung yang akan menampilkan bakat-bakat tempatan Melaka, dan sebuah Rock Shop.
Pengarah Francais Kanan Hard Rock, Asia Pasifik, Matthew Putna berkata dalam satu kenyataan bahawa memorabilia unik telah dipilih untuk menghiasi dinding Hard Rock Cafe Melaka.
Dengan sejumlah 177 lokasi di 58 negara, termasuk 141 kafe, 18 hotel dan lapan kasino, Hard Rock International adalah salah satu syarikat yang dikenali di seluruh dunia. - Bernama


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .