Home » » Tune Talk Ke Thailand

Tune Talk Ke Thailand

Written By Unknown on Monday, February 11, 2013 | 1:24 AM



KUALA LUMPUR - Tune Talk mengembangkan operasinya ke Thailand dengan melancarkan perkhidmatan 3G prabayar yang disasarkan kepada pelancong, profesional dan golongan belia di negara itu.
Tune Talk dalam satu kenyataan berkata di bawah perjanjian lesen produk dan perkhidmatan dengan Loxley Mobile Co Ltd, dari Thailand, ia akan menggunakan rangkaian 3G TOT plc bagi menyediakan faedah kepada pelanggan termasuk kelajuan data 3G terpantas dan Tune Talk Points bagi penerbangan AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk Malaysia, Jason Lo berkata usaha itu merupakan langkah utama bagi pengembangan serantau syarikat di seluruh Asia yang akan memberikan Tune Talk jejak rentas sempadan.

"Ia merupakan matlamat kami untuk merancakkan pasaran mudah alih, dan dengan rangkaian hubungannya, Thailand merupakan papan loncatan bagi tujuan itu," katanya.
Beliau berkata bekerjasama dengan Loxley akan membolehkan Tune Talk mengembang dan memanfaatkan kejayaannya di luar Malaysia.
"Pasukan dan pengurusan di Loxley, kumpulan Tune Talk, dan ketua pengembangan dan operasi serantau kami, Charles Ashley, bekerja keras selama hampir dua tahun bagi usaha ini dan kami sangat gembira melancarkan Tune Talk di Thailand," kata Lo.
Sementara itu, Pengarah Loxley Mobile, Suroj Lamsam, berkata syarikat tersebut gembira dapat bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan dan ciri-ciri baharu bagi pelanggan mudah alih Thailand di masa depan. - Bernama


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .