Home » , » Harimau Malaya tetap ada peluang

Harimau Malaya tetap ada peluang

Written By Unknown on Saturday, February 16, 2013 | 10:15 PM


"SAYA yakin kita mempunyai peluang pertahan kejuaraan meskipun Harimau Malaya berdepan laluan berliku."
Itu komen Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa, menjelang pertemuan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.
“Kita tahu kedudukan Thailand jauh lebih baik daripada kita. Barisan pemain mereka jelas seimbang di segenap posisi.

“Namun itu bukan alasan kita tidak mampu menewaskan Thailand. Pemain kita mesti mempunyai kekuatan mental. Jika pemain lemah, saya fikir kita berdepan masalah apabila menentang mereka,” katanya, semalam.  
Beliau berharap barisan pemain skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu menggunakan segala kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, bagi memburu bekalan selesa sebelum aksi timbal balas di Bangkok nanti.
“Kita ada peluang (pertahan kejuaraan) yang baik. Kita tahu Indonesia ada masalah, kita tahu corak permainan Singapura. Sekarang kita dah layak ke separuh akhir.

“Saya tengok posisi tengah sudah diperbaiki dan mampu menguasai perlawanan dengan baik. Yang penting pemain kena beri komitmen lebih 100 peratus,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .