Home » , » Hishammuddin: ROS boleh mula siasat DAP

Hishammuddin: ROS boleh mula siasat DAP

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 12:38 AM


PUTRAJAYA - Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh memulakan siasatan terhadap DAP apabila parti itu gagal mengemukakan laporan kepada badan itu sehingga semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata parti itu sepatutnya menyerahkan laporan tersebut dalam tempoh 60 hari selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 12 Disember lepas, namun didapati tidak berbuat demikian sehingga tempoh berkenaan berakhir semalam.
"Ini tidak ada bezanya dengan Umno yang dahulu diharamkan, jadi kita akan ikut undang-undang sedia ada.
"Kita tunggu tempoh ia berlalu, semalam dah sampai masanya. ROS akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program Jelajah Anak Malaysia di Stadium Mini Pancarona hari ini.
Hishammuddin berkata isu yang boleh disiasat termasuk berkaitan kesahihan jawatan tertentu dalam parti serta proses pemilihan pemimpin. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .