Home » , » Ulama bebas tanding PRU13, kata Khairy

Ulama bebas tanding PRU13, kata Khairy

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 12:35 AM

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno menyambut baik penyertaan golongan ulama untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketuanya, Khairy Jamaludin berkata, ulama bebas untuk berbuat demikian dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan. 

“Mereka mahu bertanding untuk Umno dan Barisan Nasional (BN), saya alu-alukan. Sekiranya mereka menyertai parti lawan, kita juga terima. Mereka bebas untuk berbuat demikian,” katanya bagi mengulas desas desus penyertaan bekas Mufti Perlis,
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang dikatakan akan bertanding pada PRU13 nanti. 

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, penyertaan golongan ulama itu memberi mesej yang mendalam apabila mereka yang terlibat dalam hal keagamaan menawarkan diri untuk bertanding.  

“Saya lihat dalam kes mereka berdua, PRU13 kali ini pilihan raya yang bersejarah apabila individu di luar politik, menyertai politik,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau mengenali rapat kedua-duanya, namun ketika ditanya media apakah ada sebarang pertemuan membincangkan hal itu, Khairy menjawab: “Kenal rapat, takkan tidak bertemu... Kita tengoklah, dalam dua tiga minggu lagi.” 

Sementara itu, mengulas tindakan golongan mahasiswa dan segelintir pihak mahu mencabar Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di Parlimen Pekan, Khairy berkata, ia adalah perkembangan positif hasil keterbukaan yang diamalkan oleh kepimpinan hari ini. 

Menolak andaian bahawa cabaran mahasiswa akan menggugat kredibiliti Najib, Khairy berkata, ia tidak menggugat langsung kedudukan Najib. 

“Ini kerana rekod Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan dah lama dan cabaran ini  tidak akan menggugat beliau. Apa yg hebatnya mahasiswa, mahu bertanding, terus bertanding. Ini demokrasi. Mahu bertanding di Rembau pun boleh,” katanya.

Menurutnya, penyertaan mahasiswa itu mungkin hanya cari publisiti dan ada pihak yang jadi master mind di belakang tindakan kelompok mahasiswa ini.

“Selagi boleh  bayar deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh bertanding, tetapi fikir dua tiga kalilah, jangan sampai hilang deposit. Itu saja.

"Ini bukan pilihan raya kampus,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .