Home » , » Kerajaan mampu naikkan jumlah BR1M pada masa akan datang

Kerajaan mampu naikkan jumlah BR1M pada masa akan datang

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 1:19 AM

MARAN - Kerajaan Barisan Nasional (BN) berupaya memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) lebih daripada jumlah RM500 pada masa akan datang jika rakyat terus memberi mandat untuk menerajui pemerintahan negara ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata berdasarkan prestasi semasa ekonomi negara, ia bukan satu janji manis seperti yang ditabur pembangkang.

"Kestabilan politik dan ekonomi menjadikan asas pendapatan dan ekonomi negara terus berkembang, jika keadaan yang ada pada hari ini dapat dikekalkan.

"Janji kerajaan untuk menambah nilai BRIM bukan retorik tetapi kita mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya bagi membantu meringankan bebanan rakyat dalam bentuk bantuan wang tunai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat bersama penduduk Kampung Kuala Sentul hari ini.

Beliau berkata kerajaan BN mampu menunaikan janji itu dan bukan semata-mata mahu memancing undi pada pilihan raya umum nanti.

Turut hadir Anggota Parlimen Maran Datuk Ismail Mutalib, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul Datuk Shahaniza Shamsuddin dan ADUN Luit Datuk Munawar Abdul Jalil. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .