Home » , » Tarikh tutup permohonan BL1M dilanjut 1 Mac

Tarikh tutup permohonan BL1M dilanjut 1 Mac

Written By Unknown on Sunday, February 17, 2013 | 1:16 AM

KUALA LUMPUR - Ekoran sambutan menggalakkan daripada golongan belia, Pemuda Umno akan melanjutkan tarikh tutup permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kepada 1 Mac depan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menyasar untuk memperoleh sebanyak 150,000 permohonan menjelang 1 Mac berbanding 116,335 yang diterima sejak BL1M dilancar bulan lepas.

"Kita juga mengambil kira maklum balas orang ramai yang mempunyai masalah, antaranya cuti panjang, kesesakan institusi kewangan dengan pembayaran BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), menunggu gaji pada akhir bulan, dan tidak punya masa mencukupi untuk memohon bagi melanjutkan tarikh tutup pemohonan ini.

"Dengan lanjutan tempoh ini juga, kita akan menambah 515 pusat pendaftaran BL1M baharu, menjadikan kesemuanya 737 pusat pendaftaran di seluruh negara," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan itu, semalam.

Pada 31 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program BL1M bagi memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal B2 pada harga lebih murah, iaitu RM199 berbanding harga asal RM350.

Khairy juga berkata, seramai 5,000 mahasiswa daripada Kelab Institusi Pengajian Tinggi Barisan Nasional bakal turun padang bagi membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi PRU ke-13.

Mengulas tindakan sekumpulan mahasiswa yang mahu bertanding mencabar Najib di Parlimen Pekan, beliau berkata, ia lanjutan kepada dasar keterbukaan demokrasi hasil transformasi politik oleh perdana menteri.

"Ini adalah amalan demokrasi yang terbaik, inilah hasil demokrasi yang dibawa BN dan PM kita. Sama ada mahasiswa itu diperalat pihak tertentu, itu perlu penelitian terperinci.

"Namun saya ingatkan kepada mahasiswa itu, ini pilihan raya umum, bukan sesuatu yang mudah... ini bukan seperti pilihan raya kampus," katanya. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .