Home » » Perluas Rangkaian Pengedaran - Naza Premira

Perluas Rangkaian Pengedaran - Naza Premira

Written By Unknown on Tuesday, February 5, 2013 | 9:02 PM



PETALING JAYA - Naza Premira Sdn Bhd, pengedar tunggal skuter Vespa di Malaysia, merancang memperluaskan rangkaian pengedarnya dengan membuka lima pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di seluruh Malaysia dengan pelaburan dianggarkan kira-kira RM5 juta.
Pengerusi Eksekutif Bersama Naza Group Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin berkata pusat 3S di Pulau Pinang dijadualkan dibuka pada suku pertama tahun ini.
Johor, Terengganu, Kelantan dan Sarawak akan menyusul pada separuh kedua.
"Pengembangan jenama di Malaysia adalah seiring dengan sasaran syarikat untuk menjual antara 2,000 hingga 3,000 unit kenderaan Vespa tahun ini, berbanding dengan 1,000 unit pada 2012," kata beliau kepada pemberita pada pelancaran Vespa LX150 Apple Edition di sini hari ini.
Hadir sama Naib Presiden bahagian dua tayar Naza Group Nik Danial Nik Mahmood dan Pemangku Ketua Naza Premira Terrence Duncan.
SM Faisal berkata syarikat juga merancang untuk melancarkan satu lagi model pada September tahun ini dan menambah bahawa dua model sedia ada, GTV300 dan LX150.
Beliau berkata syarikat juga menyediakan perkhidmatan pembiayaan dalaman melalui subsidiarinya, Naza Credit and Leasing Sdn Bhd.
Mengenai Vespa LX150 Apple Edition, beliau berkata konsep model diilhamkan daripada kempen pengiklanan Vespa, yang popular di Itali pada 1969.

Beliau berkata varian berkenaan merupakan model pengumpul dengan hanya 168 unit ditawarkan dan berharga RM11,388 (atas jalan).
SM Faisal berkata bersempena Tahun Baru Cina, syarikat menawarkan unit terhad edisi standard LX150 pada harga promosi RM8,888 - biasanya RM10,241 - sehingga 28 Feb. - Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .