Ekoran kontroversi yang melanda Siti Fazurina berikutan pakaian dan turban yang digayakan ketika resepsi perkahwinannya baru-baru ini, pelakon drama bersiri 'Trilogi Cinta 2' ini mempunyai alasan tersendiri.
“Kalau boleh saya tak nak isu ini diperbesarkan. Memang saya pakai turban ketika itu dan saya dah rancang nak pakai turban dari awal lagi untuk majlis resepsi.
"Cuma di saat-saat akhir saya mengambil keputusan untuk menampakkan sebahagian ‘fringe’ saya. Mengenai baju pula, saya memang nak pakai baju itu dan kalau diikutkan, dari jauh baju itu memang tak nampak jarang.
Saya agak rimas bila isu ini diperbesarkan. Jika ada pihak yang nak mencari kesalahan saya, saya tak kisah kerana bagi saya, kesilapan saya, Allah yang nilai, bukannya manusia. Jika saya nak seksi, itu hak saya,” jelas Fazurina yang dipetik daripada laman protal Gua.com.
Majlis persandingan Fazurina bersama Muhammad Hykal Zulkifli telah berlangsung di Setia Pearl Island Country Club, Pulau Pinang, Sabtu lalu.
Inilah dia, bila yang JAHIL menjatuhkan fatwa sendiri. Bukan nak dengar fatwa yang sedia ada. Nak bagi mulut kita diam dan akur dengan pendapat dia, dia gunakan nama Allah dengan menyebut, "Allah yang nilaikan". Ayat nak cool down konon.
ReplyDeleteNIYAT TIDAK HALALKAN CARA, Fazurina oiiii. Boleh ke kalau kita tembak orang sampai mati, lepas itu kita sebut, "biarlah orang nak kata apa, Allah saja yang tahu dan nilaikan". Ni apa kes?
Nak seksi hak dia? Habis, hak Allah bagaimana? Ada fikir? Allah berikan ko nyawa dan agama yang diamanahkan ke atas kamu menjaga kesucian Islam, ko gadaikan demi pakaian seksi? Ini baru namanya X-Men First Class! "Bijak" namanya!