Home » , » Penggiat Seni Negara Terima Anugerah Di Singapura

Penggiat Seni Negara Terima Anugerah Di Singapura

Written By Unknown on Monday, February 18, 2013 | 10:35 AM


Empat penggiat seni Malaysia mendominasi kategori Anugerah Gemilang Seri Temasek pada Malam Gala Seri Temasek II yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini.
Mereka ialah pelakon veteran Latifah Omar dan Mariani Ismail, biduanita Datuk Sharifah Aini serta komposer Datuk Dr Ahmad Nawab.
   
Anugerah disampaikan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan.
   
Pelakon veteran Allahyarham Nordin Ahmad menerima Anugerah Lagenda Dalam Kenangan Seri Temasek.
   
Majlis turut menyaksikan 'Raja Pop Malaysia' Jamal Abdillah menerima Anugerah Pencapaian Seri Temasek.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam perutusan beliau yang dimuat dalam buku cenderamata majlis, berkata Anugerah Seri Temasek diharap dapat merintis lebih banyak peluang kerjasama khususnya dalam bidang perfileman dan perkembangan seni kreatif di rantau ini.
   
Malam Gala Seri Temasek II dianjurkan syarikat produksi Singapura iaitu Hann's Entertainment dan disokong oleh Finas.
   
Anugerah itu diadakan sebagai mengiktiraf karyawan seni Malaysia dan Singapura.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .