Home » , » Snedeker pemain golf terbaik dunia?

Snedeker pemain golf terbaik dunia?

Written By Unknown on Friday, February 15, 2013 | 9:40 PM

BINTANG Piala Ryder Eropah, Ian Poulter tidak ragu-ragu untuk mengatakan Brandt Snedeker pemain golf terbaik dunia pada masa sekarang.
"Sneds" ialah singkatan nama Brandt Snedeker.

"Penghormatan ini dibuat selepas Snedeker dinobatkan juara Pebble Beach National Pro-Am buat kali kedua tahun ini," kata Poulter menerusi laman mikro Twiternya, dipetik CNN.

Pemain berusia 32 tahun telah menunjukkan peningkatan pada tahun 2013 memandangkan musim lalu beliau berhenti selepas menang dalam perlawanan akhir FedEx dan kejohanan akhir musim yang mendapat hadiah AS$10 juta (RM30.9 juta).

Sebelum ini, hanya pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy dan pemenang juara utama sebanyak 14 kali, Tiger Woods yang memenangi banyak pertandingan berbanding beliau tahun lalu.

Snedeker telah menyasarkan tahun ini untuk memenangi beberapa pertandingan utama.


Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .