SETELAH menyedari karier nyanyiannya kurang mendapat perhatian, penyanyi Nabil Zamanhuri atau lebih dikenali dengan nama Nabil Mentor dilihat semakin menyepi daripada industri.
Bagaimanapun, setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Filem dan Animasi dari Universiti Multimedia, awal Oktober ini, Nabil berhasrat untuk bertukar profesion.
Menurut Nabil, dia ingin bergelar pengarah dan kini sedang membuat persiapan untuk kerjaya barunya itu. “Sebenarnya dari dahulu lagi saya menyimpan hasrat untuk bergelar pengarah.
Bagaimanapun, saya tidak mahu mengarah tanpa ada pengalaman yang cukup kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.
“Sebagai permulaan, saya dan rakan-rakan ada menyertai Pertandingan Projek Filem 48 Jam (KL48HFP). Alhamdulillah, filem kami ‘Ganggu’ telah diumumkan sebagai pemenang bagi Kategori Filem Pilihan Penonton,” katanya.
0 ulasan:
Post a Comment