JARANG dilihat menerusi kaca televisyen, pelakon Jehan Miskin menafikan dirinya kini sudah berhenti daripada bidang lakonan.
Menurutnya, beberapa tawaran lakonan terpaksa ditolak kerana terpaksa memberi tumpuan terhadap kerjaya barunya sebagai pengarah dan penerbit.
"Tidak ada sebab untuk saya merajuk dan berlakon adalah minat saya sejak dari dulu.
"Saya masih lagi ada dalam industri seni cuma kini kerjaya saya sudah beralih ke satu peringkat yang lain.
"Selain sibuk dengan kerja-kerja pengarahan iklan komersial untuk syarikat korporat, saya juga akan mengarahkan drama rantaian untuk 8TV, What If ,"katanya.
0 ulasan:
Post a Comment