Home » , » Album Terbaru - Zikir Zindagi

Album Terbaru - Zikir Zindagi

Written By Unknown on Saturday, March 16, 2013 | 11:23 PM

Baguslah...menyanyi sambil berdakwah...

JIKA sebelum ini dirinya sinonim dengan panggilan Ustaz Bollywood menerusi aktiviti dakwah, kini Haslin Baharim buat pertama kalinya muncul dengan album sulungnya berjudul Zikir Zindagi.

Apa yang menarik mengenai kemunculan ini, Haslin memberitahu keseluruhan album yang mengandungi 19 lagu ini hanya mengambil masa selama setengah hari untuk dirakamkan.

"Kami mula merakamkan album ini sekitar jam 10 pagi dan ianya siap dirakamkan lebih kurang jam 5 petang.

"Semua yang berlaku adalah atas kehendak-Nya. Saya hanya berdoa mengharapkan proses pembikinan album ini dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin.

"Alhamdulillah, ianya telah dipermudahkan dan apa yang kami rancang berjalan dengan baik. Saya berharap kehadiran album ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Islam untuk mengingati, memuji dan mengagungkan kebesaran ALLAH,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Zikir Zandagi dan Ratib Al Hadad di Restoran Hadramawt, Rabu lalu.

Mengulas lebih lanjut mengenai album pertamanya itu, Haslin akui pada awalnya dia tidak bersetuju untuk menerima tawaran menghasilkan album tersebut kerana sifat dan tidak yakin dengan dirinya sendiri.

"Atas semangat yang diberikan oleh pihak UNIC Records, akhirnya saya bersetuju dengan tawaran mereka tambahan pula ia juga merupakan satu jalan untuk berdakwah.

“Kesemua zikir yang terkandung dalam album ini yang berunsurkan inspirasi saya sampaikan dengan cara yang tersendiri dengan menggunakan lenggok seakan-akan lagu Hindustan," jelasnya.

Turut sama tampil dengan album pertamanya berjudul Ratib Al Hadad, pendakwah, Syed Abdull Kadir Al Joofre memilih himpunan doa dan zikir susunan Imam Abdullah Alawi Al Haddad sebagai taruhannya.

"Album ini mempunyai sejarah tersendiri yang mana merupakan zikir dan doa daripada al-Quran dan hadis.

"Kemudiannya, doa dan zikir ini disusun oleh Imam Abdullah Alawi Al Hadad berdasarkan inspirasi pada malam Lailatul Qadar, 27 Ramadan 1071 Hijrah,” katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .