Home » , » Anak Derhaka - Tumbuk Muka Ibu

Anak Derhaka - Tumbuk Muka Ibu

Written By Unknown on Thursday, March 7, 2013 | 2:38 PM

Tidak berhati perut. Demikian tindakan seorang anak yang bukan sahaja memaki ibu kandungnya dengan kata-kata kesat juga sanggup menumbuk ibunya selepas berselisih faham di rumah mereka, di Taman Kenanga, di sini, kelmarin.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 2 petang itu dipercayai berpunca apabila mangsa berusia 51 tahun meminta anaknya menukar saluran siaran televisyen tetapi tidak diendahkan hingga menyebabkan berlaku perselisihan faham antara dua beranak itu.

Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa bersama anaknya yang berusia 20-an dan dipercayai penagih dadah sedang menonton televisyen bersama, sebelum mangsa meminta suspek menukar siaran.

“Permintaan mangsa bagaimanapun tidak diendahkan suspek, sebaliknya suspek juga berkeras tidak mahu menukar siaran televisyen seperti diminta.

Keadaan ini seterusnya menyebabkan berlakunya perselisihan faham.

“Suspek dikatakan bengang lalu bertindak menumbuk muka mangsa selain turut memaki dan menghamburkan kata-kata kesat. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan di muka.

“Atas faktor keselamatan mangsa juga mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang.

Malah, mangsa juga bimbang sekiranya anaknya melakukan tindakan lain pula,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .