Home » , » Jenazah Ahmad Di bawa Pulang Ke Kelantan

Jenazah Ahmad Di bawa Pulang Ke Kelantan

Written By Unknown on Wednesday, March 13, 2013 | 8:36 AM


Kepulangan Jenazah Di nanti-nantikan sanak saudara dan penduduk Kelantan..disertakan juga gambar ibu Ahmad bersama Tok Pa yang melawak ke rumahnya..
PETALING JAYA - Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jenazah anggota tentera berusia 24 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.
"Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan makanan oleh
Pergerakan Wanita Umno kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dekat sini, semalam.
Pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi itu turut mengorbankan dua pengganas berkenaan.
Sehingga kini, sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Februari manakala 56 pengganas ditembak mati.
Seorang daripada anggota keselamatan maut dalam kemalangan ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu.
Majlis hari ini menyaksikan 10,000 botol air mineral, makanan tambahan dan lain-lain keperluan logistik diserahkan untuk anggota keselamatan yang bertugas
di Sabah.  Bernama

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .