Menurut Nelydia, sikap Qi, 36, atau nama sebenarnya, Kushairi Mohammed Razali yang matang dan senang didampingi membuatkannya selesa bersama pelakon dan pengacara itu.
“Qi suka bercakap mengenai masa depannya, sikap itu membuatkan saya lebih senang untuk berbincang bersamanya.
“Namun, hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.
“Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak
perkara itu,” katanya. Hubungan Nelydia bersama bekas kekasih Yuna itu
mula menjadi bualan selepas Qi menerusi sebuah akhbar, mengakui selesa
bersama pelakon yang kian meningkat naik melalui watak Ersalina dalam
drama Setia Hujung Nyawa itu. Qi juga mengaku mereka berdua sudah lama
kenal dan masih dalam proses mengenali diri masing-masing.
Beralih kepada perkembangan seninya, Nelydia berkata, dia kini kembali fokus terhadap pelajarannya dan jadual waktunya semakin padat.
“Walaupun sekarang tiada penggambaran, namun saya akan mempertimbangkan tawaran yang diterima.
“Bagaimana pun, jika bercanggah dengan waktu belajar, saya terpaksa menolak kerana tidak mahu terikat dengan komitmen dan tidak mahu menghampakan pihak produksi,” katanya.




0 ulasan:
Post a Comment