Home » , » Laporan Polis Telah Dibuat Terhadap Sultan Sulu - Pemuda UMNO

Laporan Polis Telah Dibuat Terhadap Sultan Sulu - Pemuda UMNO

Written By Unknown on Friday, March 8, 2013 | 10:02 AM

Pemuda Umno menerusi Biro Aduan Komuniti, menghantar memorandum kepada Kedutaan Filipina menuntut kerjasama Kerajaan itu supaya "Sultan Sulu" Jamalul Kiram III, diekstradisi ke negara ini untuk dibicarakan.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, memorandum itu juga memohon kerjasama kerajaan Filipina supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Jamalul, sebagai orang yang paling dikehendaki.

Katanya, Pemuda Umno juga memohon supaya Polis Antarabangsa menyenaraikan Jamalul di bawah notis merah, supaya waran tangkap boleh dikeluarkan.

"Saya berharap (kita mendapat) kerjasama penuh daripada kerajaan Filipina kerana usaha telah kita mulakan.

"Saya juga yakin Polis Antarabangsa akan segera bertindak mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamalul yang bertanggungjawab dan merupakan dalang dalam isu ini dan seterusnya dapat diekstradisi dan dibicarakan di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Filipina melalui Setiausaha Pertama dan Konsul Besar Kedutaan Filipina, Maria Antonina Mendoza Oblena.

Menurut Khairun, wakil Kedutaan Filipina turut menyatakan penghargaan di atas usaha  menghantar memorandum itu.

Kira-kira 50 ahli Pemuda Umno membawa sepanduk dengan wajah Jamalul di hadapan Kedutaan Filipina sebagai tanda bantahan terhadap pencerobohan di Lahat Datu.

Mereka berhimpun secara aman dengan dikawal polis sebelum bertindak meletakkan sepanduk tersebut di hadapan pagar kedutaan dan seterusnya memijak dan membakar gambar Jamalul.

Sementara itu. Khairun berkata, Pemuda Umno juga telah membuat laporan polis kelmarin terhadap "Sultan Sulu" itu  mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agung dan  kedaulatan negara ini.

"Kita perlu mencari dalang dan yang berada di Lahad Datu itu hanyalah pengikut mereka.

"Dalam konteks ini Jamalul begitu berkuasa. Dengan hanya menggunakan telefon, beliau memberi arahan dan menyerang balas terhadap anggota keselamatan kita," katanya.

Beliau khuatir, sekiranya Jamalul tidak ditangkap, ia akan mengeruhkan lagi keadaan kerana tiada jaminan pihaknya tidak akan menyerang negara ini lagi.

Sementara itu, beliau menyifatkan pengumuman gencatan senjata yang diumumkan "Sultan Sulu" melalui media sosial, sebagai mengarut.

"Selagi mereka tidak serah diri, pihak keselamatan perlu meneruskan lagi Op Daulat," katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak perlu tunduk kerana ia jelas perangkap, seperti mana sikap pengecut mereka menggunakan bendera putih yang akhirnya mengorbankan dua anggota keselamatan baru-baru ini.

"Kita tolak gencatan sejata yang ditawarkan dan menyokong anggota keselamatan supaya menyerang penceroboh itu habis-habisan," katanya.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .