Kolaborasi mantap dua negara di atas pentas sama telah menyatukan negara serumpun dalam satu Konsert Nusantara di Panggung Sari, Istana Budaya, minggu lalu.
Konsert Nusantara yang menampilkan barisan artis Malaysia dan Indonesia di atas satu pentas mendendangkan lagu-lagu tradisional dan asli negara masing-masing.

Artis terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza, Hafiz, Black, Bob Yusof, Yusni Hamid dan bersama artis dari seberang seperti Rossa, Endang S Taurina dan Elly Kassim.
Ternyata persembahan mantap tersebut memukau penonton dengan pelbagai etnik dan bahasa indah yang dialunkan sesuai dengan konsep yang dibawa.
Selain itu, tidak ketinggalan persembahan warna warni dua rumpun seperti kuda kepang, tarian payung, paluan gendang dan sebagainya menghangatkan lagi suasana.
Manakala lagu asli seperti Cindai, Keraka, Mojang Periangan dan Ampun Medeh turut dinyanyikan artis kedua negara ini.
Namun tidak ketinggalan lagu semasa yang menjadi siulan ramai seperti Muara Hati, Aku Anak Kampung, Ayat-Ayat Cinta, dan Pudar mewarnai konsert tersebut.
Rossa terharu
Ternyata sambutan hangat dari penonton dua benua itu sangat menyentuh perasaan penyanyi tersohor Indonesia, Rossa yang turut melakukan persembahan pada konsert tersebut.

Pada malam itu, Rossa mendendangkan lagu termasuk duet bersama Datuk Siti Nurhaliza dalam lagu Joget 106 memukau hadirin dengan vokal mantap mereka.
Penyanyi kecil molek itu turut mengakui terharu dengan semangat yang ditonjolkan kedua negara setelah melihat bendera Indonesia turut berkibar bersama Jalur Gemilang pada hari pertama konsert tersebut.
“Saya terharu apabila melihat bendera Malaysia dan Indonesia dikibarkan. Betapa indahnya malam ini (Jumaat), kita disatukan tanpa ada rasa persaingan.
"Semuanya rasa gembira dan menikmati persembahan,” tutur Rossa yang kagum dengan kehebatan Istana Budaya.
Malah, sebelum ini Rossa pernah menyimpan hasrat untuk mengadakan konsert solonya di Istana Budaya namun gagal mendapat tempat beberapa tahun lalu kerana sudah penuh ditempah.
“Istana Budaya dilengkapi dengan alatan canggih dan ruang yang besar merupakan salah satu sebab saya ingin mengadakan konsert di sini.
“Konsert sebelum ini terpaksa diadakan di Bukit Jalil walaupun saya memilih untuk melakukannya di Istana Budaya,” tutur Rossa.

Namun, kehampaannya terubat setelah sekian lama menyimpan angan untuk berada di pentas itu bersama walaupun bukan persembahannya secara solo.
Tak lekang memuji nyanyian merdu penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza, Rossa menyatakan lagu yang didendangkan penyanyi jelita itu disifatkan sebagai lagu asli Malaysia.
“Saya suka dengan lagu Medley (Cindai/Nirmala/Balqis) nyanyian Siti keranaia menggambarkan budaya dan kesenian Malaysia.
“Terdapat juga elemen pop dan tradisional dimasukkan,” kata Rossa.
Bob pejuang muzik asli
Bekas bintang program realiti TV Akademi Fantasia 2 (AF2) yang lebih dikenali dengan nama Bob AF, namun kini dia mahu dikenali dengan nama sendiri, Bob Yusof.
Malah namanya bukan asing lagi di industri seni, antara pelapis muzik asli yang mempunyai vokal mantap dan suara yang merdu.

Jika dilihat, sepanjang karier seni Bob gemar memilih untuk menyanyian lagu asli dalam persembahannya.
Tidak salah jika Bob diiktirafkan sebagai antara artis baru memperjuangkan lagu-lagu bercorak tradisional seperti keroncong, ghazal dan etnik kreatif setiap kali diundang untuk menyanyi di pentas.
Dengan adanya program seperti ini, penyanyi berbadan gempal itu berpendapat Konsert Nusantara wajar diteruskan oleh pihak berkenaan agar muzik asli terus berkekalan.
“Konsert ini sangat bagus, namun ia harus dianjurkan oleh setiap pihak bukan sahaja Istana Budaya.
“Generasi sekarang harus bertanggungjawab untuk mengekalkan tradisi dan budaya kita,” tegasnya.
Bagi Bob, kesenian lama harus dikekalkan dan diingati oleh generasi akan datang supaya seni yang dimulakan artis dahulu diwarisi setiap generasi.

Penyanyi lagu Yang Bertakhta itu menganggap perkara tersebut harus dititik beratkan supaya lagu asli tidak luput dek zaman dan pupus dari bumi Malaysia.
“Setelah melihat dan mendengar lagu yang didendangkan, saya rasa sangat gembira dan teruja.
“Sebelum ini, saya tidak pernah tahu bahawa muzik Indonesia seakan-akan dengan muzik Malaysia,” katanya.
Perkara tersebut turut diakuinya setelah menyaksikan nyanyian dari penyanyi Indonesia yang mempunyai pelbagai dialek dan suku kaum yang berlainan.
“Saya dapat tahu Indonesia juga mempunyai muzik seperti kita. Kita tahu wujud beberapa suku kaum tetapi kita tak tahu muzik mereka.
“Di sini, saya dapat tahu muzik mereka dan ianya sedap didengar,” tutur Bob yang memeriahkan konsert tersebut selama tiga hari bermula 7 Mac lalu.
Yusni Hamid nyanyi lagu etnik Bawean
Figura yang berusia 62 tahun ini, masih aktif dan bertenaga walaupun usianya sudah lanjut.
Ketika bersemuka dengan penyanyi veteran, Datuk Yusni Hamid, penulis seolah-olah terpukau dengan kecantikan yang dimilikinya.
Masih anggun dan ramping seperti anak dara. Walaupun sudah bergelar nenek namun Yusni tetap aktif memenuhi undangan nyanyian.
Penyanyi era 90 an itu masih mempunyai vokal yang mantap walau usia semakin meningkat namun kelihatan bertenaga sekali ketika menyanyi.
Mengenali seniwati itu atau nama sebenarnya, Aisah Mohd. Shariff yang memulakan karier seninya ketika berusia 18 tahun lagi, sehingga kini masih lagi mampu melakukan persembahan pentas.
Malah beliau turut laris dikalangan kerabat diraja kerana Yusni sering keluar masuk istana untuk menghibur raja atau sultan di dalam dan luar negara termasuk di Brunei.
Dalam persembahannya kali ini, Yusni berpeluang menyanyikan lagu suku kaumnya, Bawean atau lebih dikenali sebagai Boyan dengan lagu yang berjudul Keraka.
“Saya menyampaikan dua buah lagu, Semalam Di Malaysia dan sebuah lagu bawean, Keraka.
“Lagu-lagu ini dipilih penganjur agar sesuai dengan majlis yang diadakan,” kata Yusni.

Malah, pihak penganjur agak terkejut dengan kemampuannya untuk menyanyi dalam dialek Bawean.
“Saya memang orang Bawean, begitu juga kedua orang tua saya.
“Penganjur pun terkejut saya boleh menyanyi lagu Bawean,” katanya.
Namun, Yusni menyentuh soal ketiadaan penyanyi etnik kreatif terkenal, Noraniza Idris dalam konsert itu.
“Saya terfikir juga kenapa mereka tidak jemput Noraniza Idris sebab dia mewakili muzik etnik Malaysia kan? Tetapi mungkin mereka terlepas pandang.
“Kalau Minang, mereka (Indonesia) juga ada Minang, kenapa tidak kita tonjolkan lagu Negeri Sembilan seperti Apo Kono Eh Jang,” katanya.

0 ulasan:
Post a Comment