Tidak terkecuali wanita yang merupakan model dan pelakon terkenal ini.
Selain dikurniakan wajah rupawan, dia juga memiliki tubuh langsing yang diidamkan wanita di luar sana.
Menariknya, penampilannya turut menjadi ikutan gadis-gadis yang ingin kelihatan cantik dan menawan sepertinya.
Jadi, tidak salahlah apabila dia pernah dilabel sebagai ikon fesyen dan atas alasan itu, dia turut membuka sebuah butik yang diberi nama House Of Doll.
Disebabkan itu juga, dia sering menjadi pilihan produk terkenal seperti Avon, Lux, Nutox dan terbaru Colgate sebagai duta.
Inilah dia, Nur Fazura Sharifudin atau nama pentasnya, Fazura.
Merupakan anak jati Pekan, Pahang, bintang filem Qaisy & Laila ini mengakui dia seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan.
Apakah maksudnya itu? Jom kita kongsi rahsia kecantikan wanita berusia 30 tahun ini.
Apakah yang dimaksudkan Fazura mengenai kesempurnaan?
Sebagai wanita yang juga seorang selebriti, saya amat mementingkan kesempurnaan. Apa yang saya maksudkan adalah daripada sudut penampilan diri dan yang pasti dari kepala hingga ke kaki.
Boleh kongsi sedikit rutin harian Fazura, khususnya dalam memastikan wajah tampil segar dan berseri?
Saya juga seperti individu lain yang menitik beratkan penjagaan wajah, bisanya saya gemar mengamalkan makan jamu dan sayur-sayuran. Ini penting dalam memastikan kulit sentiasa anjal dan terhindar daripada masalah kedutan.
Kekal langsing dari dulu sehingga kini, agaknya apa rahsia Fazura untuk memastikan bentuk badan sentiasa 'mantain'?
Green Tea merupakan minuman terbaik untuk mengekalkan tubuh badan saya selama ini. Biasanya saya akan minum sebelum bersarapan. Malah, saya juga akan meminum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari selain mengamalkan meminum jus epal.
Adakah Fazura mengamalkan apa-apa senaman?
Tentulah, saya sebenarnya turut mengikuti kelas pilates, tiga kali seminggu sejak tahun lalu. Bagi saya, ia sangat bagus untuk kesihatan, di samping cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan.
Selain itu, apakah tip Fazura untuk mendapatkan kulit yang halus seperti kini?
Saya sering melakukan lulur, pada masa yang sama, saya tidak minum minuman yang sejuk. Ini bagi mendapatkan kulit cantik dan sihat.
Produk pilihan Fazura pula...
Sudah pastilah untuk penjagaan wajah saya menggunakan Nutox, manakala bagi penjagaan gigi pula, Colgate sentiasa menjadi pilihan dari kecil lagi. Dan saya yakin ramai yang memilihnya.
Bukan kerana kini saya menjadi juru cakap produk tersebut, namun saya memang mempercayainya sejak dulu lagi. Apa pun saya bertuah kerana diberi kepercayaan menjadi duta Lux dan Avon, sudah pasti saya menggunakannya sebaik mungkin.
Daripada segi pakaian pula bagaimana? Adakah Fazura akan sentiasa tampil bergaya apabila keluar ke mana-mana?
Saya sebenarnya seorang yang sangat ringkas, saya boleh keluar dengan hanya memakai 'legging' yang dipadankan dengan kemeja. Adakala, saya 'siput' sahaja rambut dan tidak mengenakan sebarang alat solek.
Sebab itulah, ada rakan-rakan yang menggelar saya makcik. Cuma, apabila keluar untuk sesuatu majlis barulah saya akan berdandan mengikut tema dan konsep ditetapkan.
Sedikit mengenai perkembangan karier Fazura...
Alhamdulillah, tahun ini menyaksikan kembalinya saya ke dunia seni dengan lebih aktif. Selain muncul dengan beberapa drama terbaru seperti Manisnya Cinta, saya juga akan muncul bersama filem terbaru nanti. Rasanya, rezeki saya sangat murah tahun ini, apa pun, saya harap peminat tidak ketinggalan menontonnya!
PROFIL
Nama Penuh: Nur Fazura Sharifuddin
Tarikh Lahir: 27 September 1983
Tempat Lahir: Pekan, Pahang
Drama: Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Mentua, dan Ezora.
Filem: Bicara Hati, Senario XX, Qaisy & Laila, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta, Kantoi, Pisau Cukur, Lagenda Budak Setan dan Bujang Terlajak.
Pencapaian: Pelakon Harapan Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-17 (FFM17), Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23.
0 ulasan:
Post a Comment