Home » » Sumbangsih suntik motivasi buat ATM

Sumbangsih suntik motivasi buat ATM

Written By Unknown on Sunday, January 6, 2013 | 8:32 AM

ATm catat sejarah memenanggi piala Sumbangsih daripada Kelantan..sedikit ulasan daripada Jurulatih..
Temsenyum lebar mamat-mamat ni..
kejayaan menewaskan Kelantan dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, semalam, jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B.Sathianathan nyata gembira sambil menyifatkan kejayaan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat pertama kali adalah motivasi terbaik kepada pasukan bimbingannya untuk menghadapi cabaran Liga Super musim ini.

ATM menentang Lions XII di StadiumTuanku Abdul Rahman Paroi, Rabu depan.

Bagaimanapun beliau tidak mahu anak didiknya mendabik dada kerana perjalanan mereka musim ini masih terlalu jauh.

"Saya gembira dengan aksi pemain saya pada malam ini. Mereka semua menunjukkan sikap juang dan memberi tentangan habis-habisan.

“Namun saya tidak mahu perasaan ini terbawa-bawa kerana kami masih mempunyai tugas genting terutamanya apabila  berdepan dengan Lions XII pada Rabu depan di laman sendiri."Berdepan Lions XII bukanlah satu tugas mudah kerana sebahagian besar daripada mereka dibarisi pemain-pemain yang menjulang Piala AFF Suzuki bersama Singapura baru-baru ini, jadi saya berharap pemain akan fokus dan buat yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Shah Alam malam tadi.

ATM menewaskan Kelantan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Penyerang import The Gladiators, Bruno Marteloto menjadi wira ATM apabila menjaringkan gol kemenangan sebelum pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Dalam pada itu, Sathianathan turut menyasarkan misi meraih dua lagi piala pada musim ini iaitu Liga Super dan Piala FA bagi membolehkan mereka beraksi pada Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

"Sebelum ini, pengurusan pasukan hanya menyasarkan satu piala dan saya berharap kita dapat meraih dua piala berkenaan.

“Saya akui Piala Malaysia juga penting namun tumpuan saya lebih kepada Piala FA dan Piala Liga Super," katanya.

Salam kejayaan buat pasukan ATM..

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .