Home » , » Masih Jadi Rebutan - Julia Roberts

Masih Jadi Rebutan - Julia Roberts

Written By Unknown on Thursday, March 21, 2013 | 10:31 AM

Siapa tidak mengenali artis ini , lihat sahaja wajahnya sudah mengenali beliau walaupun kekadang tidak mengigati nama artis ini..

Industri hiburan Hollywood menyaksikan kebanyakan selebriti menerima pendapatan sangat lumayan dengan hanya berlakon atau menyanyi.

Situasi tersebut berlaku beberapa dekad kebelakangan ini dan artis Hollywood mampu menjana duit yang banyak berbanding ahli perniagaan.

Tidak terkecuali aktres terkenal, Julia Roberts yang menerima pendapatan tertinggi sebanyak USD139.5 juta (RM436.237 juta) dengan hanya berlakon!

Walaupun kurang aktif selepas melahirkan pasangan kembar, Hazel Patricia dan Phinnaeus Finn Walter, 8, serta Henry, hasil perkahwinan bersama Danny Moder, Roberts masih menerima tawaran berlakon. Malah lakonannya dalam filem, Mirror Mirror, memegang watak sebagai ibu tiri Snow White, tercalon dalam anugerah Favorite Villian - Nickelodeon Kids’ Choice Awards pada 23 Mac ini.

Jarang muncul di layar perak, ternyata kehebatannya masih setanding dahulu setelah mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia hiburan.

Kini Robert mampu berbangga dengan kedudukannya yang mulai kukuh, dia kini beralih arah dan menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu, Red Om Films.

Warisi bakat orang tua 

Mengimbau perjalanan seni Julia Roberts atau Julia Fiona Roberts yang dilahirkan pada 28 Oktober 1967 di Atlanta, Georgia, aktres jelita ini berketurunan campuran, iaitu Inggeris, Scotland, Ireland dan Jerman.

Siapa sangka, ibu bapa Roberts merupakan pelakon dan penulis drama, berkenalan ketika melakukan persembahan teater untuk angkatan tentera suatu masa dahulu.

Mereka kemudiannya menubuhkan bengkel Altanta Actors and Writers dan menguruskan sekolah lakonan untuk kanak-kanak di tempat kelahirannya.

Mewarisi darah seni daripada ibu bapanya, Roberts muncul pertama kali dalam filem Satisfaction (1988) bersama Liam Neeson dan Justine Bateman.

Selepas itu, bakatnya mula berkembang apabila membintangi rancangan Crime Story sebagai mangsa rogol dalam The Survivor.

Namun namanya mulai bersinar ketika berlakon dalam Mystic Plaza (1988) dan Steel Magnolias (1989) sehingga dicalonkan dalam Academy Award sebagai Pelakon Pembantu Terbaik.

Sejak itu, bintang Roberts semakin menyerlah ketika berlakon bersama Richard Gere dalam Cinderella Story dan Pretty Women (1990), dan namanya mula terkenal di seluruh dunia.

Tidak berhenti di situ sahaja, Roberts menerima pelbagai tawaran berlakon dalam filem box office sehingga dia setanding dengan pelakon kelas A lain seperti Halle Berry, Penelope Cruz atau Nicole Kidman.

Antara filem box office lain adalah The Pelican Brief (1993), My Best Friend’s Wedding (1997), Notting Hill (1999), Runaway Bride (1999), Ocean’s Eleven (2001), Ocean’s Twelve (2004), Charlie Wilson’s War (2007), Valentine’s Day (2010) dan Mirror Mirror (2012).

Filem dan kerja amal

Setelah bergelar penerbit, menerusi produksinya sendiri, Roberts bekerjasama dengan adiknya, Lisa untuk menghasilkan filem adaptasi daripada sebuah buku iaitu American Girl.

Filem yang bertajuk Kit Kittredge: An American Girl itu mengupas kisah kehidupan remaja di kota besar New York dari pelbagai sudut.

Diterbitkan pada 2008, filem komedi drama itu mengisahkan kanak-kanak perempuan yang berangan ingin menjadi wartawan dan menulis artikel apabila besar nanti.

Selain daripada itu, Roberts turut aktif dalam kerja sosial sehingga menerbitkan dokumentari bertajuk Silent Angels mengenai sindrom Rett, penyakit saraf otak.

Dokumentari itu ditayangkan agar meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit tersebut.

Malah usahanya menarik perhatian Earth Biofuels sebagai jurucakap syarikat itu sehingga dilantik menjadi pengerusi syarikat baru, Advisory Board untuk mempromosikan kegunaan minyak kitar semula.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .