Home » , » Sultan Sulu Mungkin Akan Dihantar Ke Malaysia Untuk Perbicaraan

Sultan Sulu Mungkin Akan Dihantar Ke Malaysia Untuk Perbicaraan

Written By Unknown on Thursday, March 7, 2013 | 6:00 PM

Presiden Filipina, Benigno Aquino III berkata, kerajaannya mahu membicarakan Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan pengikutnya di negara itu sebelum mempertimbangkan kemungkinan menghantar mereka ke Malaysia bagi menghadapi tuduhan mendalangi tindakan menceroboh Sabah awal bulan lalu.

Sebahagian pengikutnya masih berada di kawasan Lahad Datu dan Semporna.

"Dari perspektif saya, biar rakyat kita di sini berhadapan dengan tuduhan terlebih dahulu, kemudian kita akan bercakap berkenaan dengan perkembangan lain selepas mereka meyakinkan mengenai keperluan undang-undang," kata beliau dipetik ABN-CBS.

Aquino berkata, Filipina dan Malaysia tidak ada perjanjian ekstradisi tetapi terdapat mekanisme lain yang membolehkan proses menghantar Jamalul, antaranya kemudahan perundangan bersama di bawah kerjasama Asean.

Sementara itu, Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila De Lima berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan menghantar Jamalul ke Malaysia bagi menghadapi tuduhan.

Bagaimanapun menurut De Lima, keutamaan sekarang ialah menghadapi kemungkinan tuduhan yang akan difailkan di Manila kerana melanggar undang-undang Filipina.

"Kami akan mengkaji (permintaan ekstradisi) tetapi keutamaan kami ialah memfailkan kes di sini," katanya dipetik Inquirer.

De Lima memberitahu bahawa pihak berkuasa negara kini dalam proses mengenakan kes yang 'agak berat' ke atas Sultan Sulu itu.

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .