Home » , » Apa Nak Jadi Pemandu Teksi Sekarang Dah Pandai Merompak - Berita Panas

Apa Nak Jadi Pemandu Teksi Sekarang Dah Pandai Merompak - Berita Panas

Written By Unknown on Friday, January 4, 2013 | 6:47 PM

Hai apa nak jadi dunia sekarang,Pemandu teksi dah pandai merompak,sedangkan kadar kenaikan tambang dah naik,tak cukup-cukup lagi ke kenaikan tambang,sudah-sudahlah dengan godaan Syaitan yang dilaknat Tuhan,cukuplah apa yang dapat,asalkan Halal,jangan terlalu taksub dengan nafsu yang jahat,kata orang-orang lama,Buat baik dibalas baik,Buak jahat jangan sesekali,akibatnya berat..Didunia pun dah kena,di Akhirat sudah pasti,
Di bawah adalah laporan pemandu teksi yang tak ikhlas,dipetik daripada akhbar tempatan,,

Seorang pemandu teksi hari ini dikenakan hukuman penjara tujuh tahun setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merompak seorang kerani pada April tahun lepas.
Hakim Rozina Ayob memerintahkan R. Rajahsegaran, 29, menjalani hukuman penjara mulai hari ini selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dalam penghakimannya, Rozina berkata, empat saksi pembelaan mempunyai kepentingan dan bermotif kerana kesemua mereka merupakan kenalan tertuduh dan tiada keterangan sokongan lain.
"Pengadu juga dapat mengecamkan Rajahsegaran dengan jelas oleh kerana kejadian tersebut berlaku pada waktu siang dan membolehkan mangsa melihat lelaki itu kerana tertuduh merupakan orang yang mengarahkan mangsa membuka kunci stereng kereta,” katanya.
Rajahsegaran didakwa bersama dua orang lagi yang masih bebas, merompak kereta Toyota Avanza bernilai RM40,000 milik Norazihan Abdul Rani, 40, dengan bersenjatakan sebatang kayu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta, Blok A, Pangsapuri Aman, Puchong Prima, Puchong, pada pukul 7.20 pagi, 18 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan peguam Mohd. Jamil Yaacob yang mewakili tertuduh supaya menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan kes itu selesai. — BERNAMA





Sama-samalah kita menbantu Kerajaan menbanteras gejala ini supaya tidak serius di masa depan..

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .