Home » » Di Kedah Bekalan Ikan Berkurangan akibat Cuaca Tak Menentu

Di Kedah Bekalan Ikan Berkurangan akibat Cuaca Tak Menentu

Written By Unknown on Friday, January 4, 2013 | 12:36 PM


Dinklate ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang masalah ikan dan telah menimbulkan sedikit masalah kepada pengguna untuk membeli ikan kerana harga naik  daripada harga biasa..

Musin tengkujuh telah mengakibatkan  sumber ikan berkurangan,sejak empat hari lalu menyebabkan bekalan ikan terutamanya ikan kembong berkurangan sehingga menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai.

Seorang lelaki yang bernama Ishak Osman, 60, berkata selain bekalan berkurangan, harga ikan turut melambung tinggi iaitu dari RM3 hingga RM4 sekilogram kepada RM6 hingga RM7 sekaligus membebankan orang ramai.

Ekoran daripada masalah tersebut harga melambung tinggi, ada juga sesetengah peniaga di tempat lain terpaksa menjual ikan kembong pada harga RM10 sekilogram menyebabkan pelanggan beralih kepada makanan lain.

Pakcik Ishak yang menjadi pelanggan tetap  di Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah berkata dia terpaksa berebut untuk mendapatkan sekilogram ikan kembong yang mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

"Kalau habis terpaksa tunggu nelayan balik dari laut baru boleh beli," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah dekat sini, hari ini. 

Setelah dibuat tinjauan mendapati hasil tangkapan nelayan kurang menyebabkan bekalan ikan terputus dan orang ramai terpaksa menunggu serta berebut-rebut untuk mendapatkan ikan kembong. Pelbagai jenis ikan lain juga turut berkurangan.

 Seorang nelayan Mohammad Mohd Azhar, 53, berkata dia dan nelayan pantai lain terpaksa ke laut dalam untuk menangkap ikan memandangkan ikan kembong dan ikan lain di pesisir pantai semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini.
Dia berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan ada nelayan tidak ke laut selain terpaksa menanggung kerugian kerana tidak memperoleh hasil tangkapan ikan seperti sebelum ini.

"Sekali turun ke laut terpaksa guna minyak lebih RM60 sebab kena pergi ke laut dalam. Kami terpaksa letak harga ikan tinggilah sebab kos bahan api kami guna meningkat daripada sebelumnya iaitu RM30," katanya.

Sumber cerita dari akhbar tempatan..

Kenali 10 Blogger Terbaik Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Sila Like Kami di Facebook.
 
Support : Your Link | Careeron9 | OhGosip Artis
Copyright © 2013. DinKlate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger About Me .